Jumaat, 15 Mac 2013

06 di jerantut - Google Blog Search

06 di jerantut - Google Blog Search


parlimen81: Parti BERJASA Pertama Kali Bertanding <b>di Jerantut</b> <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 06:49 PM PST

Parti BERJASA yang tidak mempunyai seorang ahli pun di Jerantut buat pertama kali akan meletakkan calonnya di DUN Damak dalam PRU13 nanti . Berjasa dijangkakan meletakkan calon dari kalangan ahli ISMA iaitu sebuah NGO Islam yang aktif mempertahankan akidah umat islam sekarang ini. DUN Damak menepati ciri-ciri kawasan yang ingin ditandingi oleh ISMA iaitu :
1. Kawasan adalah 50% atau majoriti umat Islam
2. Kedua-dua calon dari BN dan PR adalah bukan orang Islam .

BN dijangka akan meletakan kembali Lau Lee daripada MCA dan PR pula dijangka akan meletakan Cikgu Koh Beng Heng dari DAP/PKR. Walaubagaimanapun ISMA belum memutuskan dengan tepat samada DUN Damak termasuk dalam senarai 20 kawasan yang ingin ditandingi oleh mereka . Kalaupun bukan ISMA yang meletakkan calonnya kemungkinan BERJASA sendiri akan meletakkan calon mereka nanti. Siapakah calon mereka ? Semua tertanya-tanya .

Semalam Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman mengumumkan bahawa ISMA bercadang untuk menghantar calon-calonnya bertanding di 20 buah kawasan Parlimen dan DUN dalam PRU13 nanti.
Dalam sidang media tersebut, Ustaz Abdullah Zaik turut mengumumkan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti untuk calon-calon ISMA tandingi iaitu Padang Serai (P017), Tapah (P072), Wangsa Maju (P116), Selayang (P097), Subang (P107), Puchong (P103), Kapar (P109), Seremban (P128), Tanjung Piai (P165), Derga (N11) dan Gurun (N22).
Berdasarkan keputusan PRU12 yang lepas, kerusi-kerusi di atas merupakan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu namun ditandingi dan dimenangi oleh calon-calon bukan Melayu.
Menurut Ustaz Abdullah Zaik, demi menjaga kekuasaan politik orang Melayu Islam di negara ini, ISMA melihat antara langkah terpenting yang perlu diambil ialah menawan semula kawasan-kawasan yang selama ini telah diberi laluan selesa kepada pihak lain.
"Calon-calon ISMA masuk bertanding untuk menang, dan berharap dapat memainkan peranan Kuasa Ketiga sebagai pendesak, penentu dan pengimbang kuasa yang paksi politiknya ialah nasib dan masa depan umat Melayu Islam di Malaysia tanpa mengambil kira blok politik mahupun sempadan kepartian," jelas beliau.
Dalam majlis pelancaran tersebut, Ustaz Abdullah Zaik menyatakan bahawa ISMA telah mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan calon-calon daripada ISMA akan bertanding nanti atas tiket BERJASA.
SEJARAH PENUBUHAN BERJASA
Berjasa ditubuhkan pada 1977 dengan Yang Di Pertua Parti yang pertama adalah Allahyarham Dato' Haji Mohammad bin Nasir. Berjasa merupakan parti alternatif kepada PAS yang telah memerintah Negeri Kelantan selama 18 tahun yang tidak dapat memenuhi inspirasi rakyat pada masa itu.
Pada tahun 1978, Berjasa menyertai pilihanraya umum dengan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). Dalam keputusan Pilihanraya Umum pada masa itu, Berjasa memenangi 11 kerusi DUN dan membentuk kerajaan bersama dengan UMNO/BN dimana Allahyarham Tan Sri Mohammad Nasir dilantik sebagai Senator menjawat Menteri Kabinet di Jabatan Perdana Menteri.
Pilihanraya Umum pada 1982, sekali lagi Berjasa berjaya membentuk kerajaan bersama dengan Barisan Nasional dan menjadi salah satu parti komponen dalam BN. Pada masa ini, Berjasa memenangi 6 kerusi DUN.
Pada Pilihanraya Umum 1986, Berjasa tidak menyertai  Pilihanraya kerana Berjasa telah keluar dari Barisan Nasional. Pada Pilihanraya Umum 1990, Berjasa telah menyertai dan bekerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah sehingga tahun 1999.
Pada tahun 2009, pihak Jawatankuasa Pusat telah membuat rombakan dan menyusun semula Perlembagaan baru dengan nama Perlembagaan Berjasa Edisi Baru 2009.

parlimen81: BN Hampir Selesai Putus Calon Akhir <b>di Jerantut</b>

Posted: 14 Feb 2013 08:55 AM PST

Hari ini di Sabah PM Najib umumkan bahawa BN dalam proses terakhir untuk putus senarai akhir calon-calon boleh menangnya . Proses terakhir katanya ialah proses menyemak latar belakang calon dari segi jenayah atau rasuah dengan pihak POLIS dan SPRM.(klik sini)
Di Jerantut ini agaknya sapa calon -calon yang bebas dari rasuah samada bebas dari memberi suap dan menerima suap dan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan?
Adakah bakal-bakal calon yang ada sekarang ini yang telah disubmit oleh UMNO Jerantut 100% bebas rasuah . Atau adakah 100% bebas dari menyalahgunakan kuasa mereka .
Adakah Dato Wan Amizan Wan Abdul Razak yang kini ADUN Tahan tidak menyalahgunakan kuasanya sebagai ADUN Tahan ketika melobi bagi mendapatkan projek berikut untuk syarikat milik dirinya dan ahli keluarganya :
1. Projek Bangunan Tambahan Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling bernilai lebihkurang RM8.2 juta
2. Projek Jalanraya dari Kg Tuit ke Kg Pagi bernilai RM121 Juta 
Adakah Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak layak dicalonkan semula bagi DUN Tahan atau Parlimen Jerantut dan melepasi tapisan keselamatan dan SPRM oleh Datuk Najib ?
Adakah proses mendapatkan tanah yang luas di Durian Hijau melalui prosedur yang telus dan tiada penyalahgunaan kedudukannya?
Adakah penasihat ekonomi Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak merangkap Guru Sekolah Kerajaan yang memiliki saham dan memegang status directorship dibeberapa syarikat pembinaan yang memperolehi kontrak puluhan juta ringgit layak dicalonkan sebagai ADUN bagi mengantikan Wan Amizan atau Dr Shukri ? Adakah layak seorang kakitangan kerajaan memperolehi kontrak puluhan juta ringgit ketika masih berkhidmat dan adakah beliau akan lepas tapisan keselamatan dan SPRM oleh Datuk Najib ?
Adakah Datuk Nazri Ngah tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai pimpinan UMNO Jerantut dalam mendapatkan konsesi-konsesi pembalakan atas nama sekolah tahfiz dan dalam mendapatkan kontrak-kontrak pembinaan di daerah Jerantut dan sekitar Pahang?
Adakah Dato Dr Ahmad Shukri benar2 bebas dari tuduhan bangkrupsi dan tidak menggunakan kedudukanya bagi mendapatkan tanah-tanah kosong untuk dirinya dan keluarganya bagi membayar hutang-hutang dan membebaskannya dari kebangkrupsiannya ?
Semua perkara diatas itu adalah spekulasi-spekulasi yang berligar didalam pemikiran pengundi di Jerantut yang mendengar cerita-cerita  salahlaku pemimpin mereka dari mulut ke mulut tanpa ada bukti yang sahih .
Adakah Datuk Seri Najib juga mendengar spekulasi-spekulasi tersebut sama seperti yang didengar oleh pengundi-pengundi di Jerantut . Dan adakah Datuk Seri Najib bertindak diatas spekulasi tersebut dengan membuat semakan detail dengan pihak SPRM , pihak POLIS , pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar , SSM ,CIDB , JKR,  Kementerian Pelajaran , Pejabat Daerah , 

Harap-harap semua calon-calon  BN Jerantut kali ini adalah bersih belaka dan kita mengharapkan semua spekulasi-spekulasi itu adalah bohong belaka.

parlimen81: Bekalan Air Terputus Lagi <b>di Jerantut</b> - Krisis Air <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2013 07:47 AM PST

Dalam sibuk-sibuk akhbar-akhbar dan TV TV bercerita pasal krisi air di Selangor dan satu-satunya  kaedah penyelesaian yang ada dalam pemikiran ahli politik BN iaitu Langat2 dan Terowong Air dari Pahang ke Selangor maka tiba-tiba berlaku krisi air yang teruk di Jerantut pula pada minggu lepas. Tapi tiada akhbar dan TV yang melaporkannya kerana Jerantut bukan Ampang atau bukan Hulu Langat yang dibawah pemerintahan Pakatan Rayyat . Jerantut adalah dibawah pemerintah Barisan Nasional . Amat memalukan jika krisis air yang melanda Jerantut ini dihighligtkan dalam akhbar dan tv arus perdana .

Difahamkan menurut laporan-laporan dalam kumpulan FB Jerantut krisis bekalan air yang melanda Jeantut baru-baru ini adalah kerana loji bekalan air Batu Embun tidak dapat beroperasi secara normal kerana sumber air mentah sangat berkeladak yang menyebabkan loji rawatan terpaksa ditutup ( ia ke macam tipu jer sebab2 ini .... jawapan sebenar sila berhubung terus  dengan PAIP Jerantut ... harap jawapan yang mereka beri tidak ada unsur penipuan)

Bila PAM berhenti beroperasi maka bekalan air terawat juga makin berkurangan untuk menampung hampir 25% akaun di sekitar Jerantut .

Anatara sebab sungai menjadi kotor adalah kerana berlakunya aktiviti perlombongan bijih yang tidak terkawal di hulu sungai . dalam kes ini ialah sungai Pahang sendiri dan Sungai Jelai yang menjadi punca kepada air mentah Loji Batu Embun.

Difahamkan aktiviti perlomboingan ini ada yang haram dan ada yang halal yang mana pemilikan lesennya dimiliki oleh ahli-ahli politik dan pemimpin disekitar Jerantut dan Lipis

Lombong bijih di hulu sungai Besol di Jerantut dan Sg Lik di Kerambit menjadi punca utama sungai menjadi keroh dan berkeladak. Parlimen pernah beberapa kali membuat entry dalam blog ini berkaitasn dengan krisis air di Jerantut tapi hanya dipandang sepi oleh pihak-pihak yang berwajib .

Jerantut Alami Krisis Air

Masalah Air di Jerantut Tiada Penyelesaian

PAIP Jerantut Kena Ambil Iktibar Kes PAM Rosak di Selangor

Selain Jerantut masalah terputus bekalan air ini juga berlaku u didaerah lain di negeri Pahang ni . Dalam ahli-ahli politik BN dan akhbar-akhbar dan TV TV pro BN sibuk dengan masalah air yang kononnya berlaku dio Selangor dan Kelantan rupenya masalah air yang kronik berlaku di negeri perdana menteri yang kita sayangi . Kenapa TV3 , RTM , UTUSAN , Kumpulan NST tak highlight kat muka depan isu ini . Kata perjuangkan rakyat tanpa mengira fahami politik ?

Lihat senarai dibawah ini masalah air yang berlaku di Pahang.

KRISIS AIR YANG KRONIK DI NEGERI PERDANA MENTERI MALAYSIA


KERANA TERLALU SIBUK MENIMBULKAN ISU MASALAH AIR DI KELANTAN, PERDANA MENTERI DAN SEKALIAN MENTERI MEMBIARKAN SAHAJA MASALAH AIR DI NEGERI-NEGERI BARISAN NASIONAL, PALING TERUK LAGI IA BERLAKU DI BEBERAPA DAERAH DI NEGERI PERDANA MENTERI SENDIRI.
Yang Lucunya, mereka datang ke Kelantan dan menawarkan jika memilih Barisan Nasional, masalah Air akan selesai di Kelantan dalam keadaan negeri mereka sendiri mengalami masalah yang sama. 
Yang menarik, Isu Masalah Air di Negeri Barisan Nasional TIDAK PERNAH KELUAR dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian di FRONT PAGE sebagaimana mereka menimbulkan Isu Air di Kelantan, tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. TV3 melalui Slot Aduan Rakyat telah memaparkan ISU KELUHAN DAN RINTIHAN RAKYAT di Bera, Pahang. Saksikan di bawah paparan eksklusif sebagaimana yang telah disebarkan dalam facebook baru-baru ini.


Berikut dibawah kes-kes yang dilaporkan oleh Akhbar yang berlaku di Negeri Perdana Menteri, Janji Di Tepati


TEMERLOH: Laungan "mana rakyat didahulukan", "mana janji ditepati" bergema dalam perhimpunan aman melibatkan beberapa orang penduduk di bandar Mentakab di sini hari ini berikutan telah lima hari terputus bekalan air paip.
Penduduk mendakwa, gangguan bekalan air tanpa notis itu disebabkan kerja mengorek tanah di pinggir jalan utama oleh kontraktor yang menyebabkan saluran paip pecah tetapi dibiarkan sejak Khamis lalu.




KERANA TERLALU SIBUK MENIMBULKAN ISU MASALAH AIR DI KELANTAN, PERDANA MENTERI DAN SEKALIAN MENTERI MEMBIARKAN SAHAJA MASALAH AIR DI NEGERI-NEGERI BARISAN NASIONAL, PALING TERUK LAGI IA BERLAKU DI BEBERAPA DAERAH DI NEGERI PERDANA MENTERI SENDIRI.
Yang Lucunya, mereka datang ke Kelantan dan menawarkan jika memilih Barisan Nasional, masalah Air akan selesai di Kelantan dalam keadaan negeri mereka sendiri mengalami masalah yang sama. 
Yang menarik, Isu Masalah Air di Negeri Barisan Nasional TIDAK PERNAH KELUAR dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian di FRONT PAGE sebagaimana mereka menimbulkan Isu Air di Kelantan, tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. TV3 melalui Slot Aduan Rakyat telah memaparkan ISU KELUHAN DAN RINTIHAN RAKYAT di Bera, Pahang. Saksikan di bawah paparan eksklusif sebagaimana yang telah disebarkan dalam facebook baru-baru ini.


Berikut dibawah kes-kes yang dilaporkan oleh Akhbar yang berlaku di Negeri Perdana Menteri, Janji Di Tepati


TEMERLOH: Laungan "mana rakyat didahulukan", "mana janji ditepati" bergema dalam perhimpunan aman melibatkan beberapa orang penduduk di bandar Mentakab di sini hari ini berikutan telah lima hari terputus bekalan air paip.
Penduduk mendakwa, gangguan bekalan air tanpa notis itu disebabkan kerja mengorek tanah di pinggir jalan utama oleh kontraktor yang menyebabkan saluran paip pecah tetapi dibiarkan sejak Khamis lalu.



Tiada ulasan:

Catat Komen

ads