06 di mentakab - Google Blog Search |
- [LUMBA BASIKAL] LTdL 2013 PERINGKAT 6 (<b>MENTAKAB</b> <b>...</b>
- BLOG PAHANG: 06 <b>di mentakab</b> - Google Blog Search
- Cerita Orang Kita: 29 orang GRO pusat hiburan <b>di Mentakab</b> ditahan
[LUMBA BASIKAL] LTdL 2013 PERINGKAT 6 (<b>MENTAKAB</b> <b>...</b> Posted: 25 Feb 2013 06:10 PM PST
Lokasi permulaan saingan peringkat ke-6 ini bermula di Mentakab, sebuah bandar utama yang terletak di daerah Temerloh yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Pasir Rawa. Pada 1901, Mentakab pernah ditimbangkan untuk menjadi pusat pemerintahan, tetapi kerana keadaan struktur muka bumi yang kurang rata menyebabkan Kuantan dipilih sebagai pusat pentadbiran negeri Pahang. Mentakab terkenal sebagai kawasan pertanian yang turut menjadi lokasi jalan keretapi dari Gemas, Negeri Sembilan ke menuju ke Tumpat, Kelantan. Saingan hari ini menyaksikan pelumba-pelumba bakal melalui laluan merentasi beberapa bandar-bandar dan pekan kecil seperti Kuala Krau, Jerantut, Bandar Jengka, Maran, Gambang dan Bandar Indera Mahkota. Penamat pelumbaan bakal berakhir di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan. Stadium ini merupakan stadium serbaguna yang dibuka secara rasminya pada 1970 sebelum dinaiktaraf pada 1995 dan 2011 memiliki kapasiti seramai 40,000 penonton.
Kini, bandar Kuantan terus berkembang menjadi sebuah bandar utama di Malaysia dengan kedudukan muka bumi yang rata terletak berhampiran sungai dan di persisir Laut China Selatan. Bandar terletak berhampran Sungai Kuantan memiliki keluasan 36,000 km² dan mula menjadi pusat pentadbiran negeri Pahang sejak berpindah dari Kuala Lipis pada 1976 lantaran kedudukan yang strategik. Pada 1 September 1979 sekali lagi, Majlis Bandaran Kuantan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Kuantan dan kekal sehingga ke hari ini. Incoming search terms:
| ||||||
BLOG PAHANG: 06 <b>di mentakab</b> - Google Blog Search Posted: 17 Mar 2013 03:05 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||||
Cerita Orang Kita: 29 orang GRO pusat hiburan <b>di Mentakab</b> ditahan Posted: 02 Jan 2013 08:05 PM PST TEMERLOH – Seramai 29 warga asing yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi bersepadu Ops Noda, sejam selepas sambutan tahun baru sekitar Mentakab, awal pagi semalam. .Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiga serbuan dilakukan serentak sekitar pusat hiburan di bandar ini diketuai Ketua Balai Polis Mentakab, Inspektor Rizal Mohd Dan dan Pegawai D7, Inspektor Mohd Najib Mohd Nizam Menurutnya, serbuan pertama ke atas sebuah premis hiburan di Jalan Mok Hee Kiang berjaya menahan 10 wanita warga Thailand dan seorang lelaki penjaga premis. "Dalam satu lagi serbuan di Jalan Dagang 1/1, Taman Perindustrian Temerloh, pasukan terbabit menahan 16 wanita Vietnam, tiga wanita China dan seorang lelaki penjaga premis," katanya, semalam. Abdul Aziz berkata, mereka ditahan kerana melakukan beberapa kesalahan antaranya melanggar syarat pas lawatan sosial, tiada dokumen pengenalan diri dan menggaji pekerja asing tanpa visa sah. Menurutnya, operasi semalam dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh dengan kerjasama Jabatan Imigresen serta Majlis Perbandaran Temerloh. Katanya, pihaknya masih menyiasat sama ada premis terbabit turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan. "Semua wanita berumur antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan untuk siasatan di bawah Peraturan 39 (B) Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat dikenakan. Dalam satu lagi serbuan, Abdul Aziz berkata, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki di Jalan Industri, Taman Perindustrian Temerloh yang dikehendaki polis atas kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan. "Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan ketika sedang berhibur di dalam premis hiburan," katanya. Sumber Sinar harian |
You are subscribed to email updates from di mentakab - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen