06 di rompin - Google Blog Search |
- BLOG PAHANG: 06 <b>di rompin</b> - Google Blog Search
- Pahang Daily Online: Panas: "Lagi Isu Air <b>Di</b> Pahang", Ahli Parlimen <b>...</b>
- Laman Basikal: Penaja Persatuan Berbasikal Daerah <b>Rompin</b> <b>...</b>
BLOG PAHANG: 06 <b>di rompin</b> - Google Blog Search Posted: 09 Mar 2013 07:56 AM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||||||||||||||||||||
Pahang Daily Online: Panas: "Lagi Isu Air <b>Di</b> Pahang", Ahli Parlimen <b>...</b> Posted: 15 Jan 2013 04:04 PM PST ![]() Laporan eksklusif "Terpaksa Kongsi Air Perigi: Ketiadaan Bekalan Air Beban Penduduk Kampung Denai" di Rompin sungguh menyedihkan kita. Sudahlah mereka tiada bekalan air bersih, terpaksa pula berkongsi bekalan air perigi yang kotor dan berkarat. Apa yang dibuat oleh kerajaan? Tidak lebih dari berjanji dan terus berjanji, tetapi ia tetap gagal ditepati sejak 50 tahun yang lalu. Sudahlah tanah adat orang asli ini dicerobohi secara haram sesuka hati oleh mereka yang ada kaitan dengan pemimpin politik negeri, kini kebajikan orang asli juga terus menjadi tanda tanya. Parlimen Rompin diwakili oleh Datuk Jamaluddin Jarjis (foto), yang telah diangkat oleh PM Najib Razak menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Kini beliau selesa berada di luar negara, sedangkan rakyat di kawasannya menanggung derita. Apakah kesengsaraan ini disedari olehnya, yang dikhabarkan bakal diangkat sebagai Menteri Besar Pahang jika Najib terus berkuasa di Putrajaya dan UMNO BN masih mendiami Wisma Sri Pahang selepas pilihanraya umum akan datang. Jika ini keadaannya, sudah pasti rakyat Pahang akan terus hidup sengsara dan merana buat selamanya. Dalam laporan Sinar Harian itu mendakwa ketika penduduk lain berpeluang menikmati pelbagai kemudahan asas dengan selesa, penduduk Orang Asli di sini pula terpaksa menggunakan air perigi dalam menjalankan urusan harian sejak kira-kira 50 tahun lalu. Malah ketika orang lain hanya perlu membuka paip di dalam rumah masing-masing, mereka pula terpaksa bersusah-payah mengangkut air perigi yang kotor serta berbau di rumah jiran mempunyai telaga. Bagaimanapun masalah bekalan air paip di Kampung Denai bukanlah perkara baru, malah sering dibangkitkan penduduk kepada pemimpin setempat termasuk pihak berwajib. Malangnya sehingga kini, aduan dan permasalahan itu seolah-olah dipandang sepi hingga menyebabkan penduduk kecewa. Penduduk, Sakila Muharam, 19, berkata, masalah itu bukan baru, malah penduduk berdepan ketiadaan bekalan air sejak mula-mula kampung terbabit dibuka pada 1960-an. Menurutnya, dia yang baru berkahwin terpaksa mengangkut air dari perigi rumah bapanya sejauh kira-kira 500 meter untuk memasak dan mencuci pinggan mangkuk, malah mereka sekeluarga menumpang mandi dan membasuh pakaian di situ setiap hari. "Keadaan ini sungguh membebankan kerana saya terpaksa mengangkat bebanan air dalam jarak jauh, apatah lagi mempunyai seorang anak masih kecil. "Sampai bila kami perlu hidup melarat kerana tidak memperoleh kemudahan asas sempurna? Oleh itu, kami rayu kerajaan mempercepatkan projek bekalan air bersih ke kampung ini. Cukuplah nenek moyang kami menderita, berilah kami peluang untuk menikmati kemudahan sempurna seperti masyarakat lain," katanya. Baca info seterusnya di SINI [Sesungguhnya rakyat Pahang sendiri sahaja yang tahu betapa tersiksanya mereka menghadapi isu air yang tidak berkesudahan sejak sekian lama ini. Malah, di kawasan Felda terutamanya isu air sudah menjadi terlalu kritikal dan menghantui warga peneroka terutamanya pada musim perayaan atau kenduri kendara. Kerajaan hanya berjanji dan terus berjanji setiap kali musim pilihanraya. Namun sehingga kini ia masih tidak ditepati, sedangkan rakyat terus menderita dan sengsara. Malah, jika dikatakan air paip kotor seperti di Kelantan misalnya, kotor lagi air paip yang dibekalkan kepada beberapa buah tanah rancangan Felda di sekitar wilayah Jengka. Namun, kenapa perkara ini tidak didedahkans ecara eksklusif oleh media arus perdana?. Ini kerana mereka tidak berani berkata benar dan berpijak dibumi yang nyata. Mereka diarahkan hanya highlightkan isu-isu air yang membabitkan negeri-negeri pembangkang terutamanya Kelantan dan Selangor. Apakah cara ini yang dituntut oleh agama?. Menipu rakyat, sebaliknya pada masa yang sama menyerang negeri lain kononnya tidak pandai mentadbir. Justeru, rakyat digesa bijak berfikir sebelum isu air ini bertambah serius lagi. Lakukan perubahan pada pilihanraya umum ini, jika mahu kehidupan lebih selesa]. | ||||||||||||||||||||||
Laman Basikal: Penaja Persatuan Berbasikal Daerah <b>Rompin</b> <b>...</b> Posted: 10 Mar 2013 06:59 PM PDT Peminat basikal dan peminat berbasikal (Basikal, Berbasikal dan Bersukan) telah semakin menjadi-menjadi di Daerah Rompin. Beberapa nama-nama besar dari Rompin telah muncul di peringkat Negeri Pahang dan Peringkat kebangasaan. Kemunculan beberapa penggerak telah berjaya mamantapkan hala tuju aktivi mengayhn basikal di daerah Rompin. Kumpulan AJK Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin ini bermula sebagai "Rompin Cyclist Club" (RCC ) "Rompin Cyclist Club" (RCC ) dianggotai sekumpulan pengayuh yang berkongsi hobi mengayuh basikal. Mereka terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat di Daerah Rompin. Lingkungan umur kumpulan ini adalah dari usia seawal 10 tahun sehinggalah 55 tahun. Mereka bekerja sebagai pelajar, penjawat awam, pekerja swasta dan juga orang kerja biasa-biasa aja.. Nama RCC ini adalah Rompin Cylcist Club (rompincyclistclub.blogspot.com), Pada masa ini "Rompin Cyclist Club" (RCC) bukanlah sebuah kelab yang mempunyai struktur orginasasi yang tersusun. RCC tidak mempunyai sebarang jawatan seperti pengerusi, s/u, bendahari mahupun ajk. Mereka hanyalah sekumpulan Jejaka Kacak dari Rompin yang berkumpul dalam sesuatu masa bagi melakukan aktiviti berbasikal. Secara rasminya, "Rompin Cyclist Club" (RCC) diwujudkan pada 23 Oktober 2012 iaitu ketika "ngeteh" di Kedai Johan di Bandar Rompin ini. Ketika itu salah seorang rakan "Rompin Cyclist Club" (RCC membawa kertas kerja untuk Program Kayuhan Santai yang jaraknya sejauh 48km. Bagi menampakkan gahnya program ini, nama "Rompin Cyclist Club" (RCC pun dipersetujui. Dengan wujudnya "Rompin Cyclist Club" (RCC ini, mereka berharap mahu menarik minat masyarakat di Rompin ini untuk menyertai sukan berbasikal. Setiap petang penduduk di Rompin akan terlihat kelibat sekumpulan ahli "Rompin Cyclist Club" (RCC yang mengayuh basikal Daerah Rompin. Kepada penduduk Rompin jangan segan silu untuk turut serta bersama-sama mengayuh pusing-pusing Bnadar Rompin. Kayuhan beramai-ramai sebegini boleh berikan keseronokan dan kepuasan dalam bersukan. Akhirnya pada 4hb Mac 2013, "Rompin Cyclist Club" (RCC telah mengambil langkah yang lebih mantap dengan berkumpul di Perpustakaan Awam Daerah Rompin bagi menetapkan halatuju yang lebih jelas. maka pada hari tersebut "Rompin Cyclist Club" (RCC telah menubuhkan AJK Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin in. Adalah diharapkan usaha penubuhan AJK Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin ini oleh "Rompin Cyclist Club" (RCC akan memberi suntikan semangat kepada kumpulan peminat basikal di daeral-daerah lain di Pahang. Tarikh: 4 Mac 2013 Senarai ringkas ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin Presiden Penaja: Naib Presiden Penaja: Setiausaha Penaja: Bendahari Penaja: AJK Penaja: Selamat Maju Jaya kepada semua mereka yang berusaha kearah penubuhan ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin. |
You are subscribed to email updates from di rompin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen