06 di rompin - Google Blog Search |
Lagi Masalah Air <b>Di</b> Pahang - Pahang Daily Online Posted: 15 Jan 2013 04:04 PM PST ![]() Laporan eksklusif "Terpaksa Kongsi Air Perigi: Ketiadaan Bekalan Air Beban Penduduk Kampung Denai" di Rompin sungguh menyedihkan kita. Sudahlah mereka tiada bekalan air bersih, terpaksa pula berkongsi bekalan air perigi yang kotor dan berkarat. Apa yang dibuat oleh kerajaan? Tidak lebih dari berjanji dan terus berjanji, tetapi ia tetap gagal ditepati sejak 50 tahun yang lalu. Sudahlah tanah adat orang asli ini dicerobohi secara haram sesuka hati oleh mereka yang ada kaitan dengan pemimpin politik negeri, kini kebajikan orang asli juga terus menjadi tanda tanya. Parlimen Rompin diwakili oleh Datuk Jamaluddin Jarjis (foto), yang telah diangkat oleh PM Najib Razak menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Kini beliau selesa berada di luar negara, sedangkan rakyat di kawasannya menanggung derita. Apakah kesengsaraan ini disedari olehnya, yang dikhabarkan bakal diangkat sebagai Menteri Besar Pahang jika Najib terus berkuasa di Putrajaya dan UMNO BN masih mendiami Wisma Sri Pahang selepas pilihanraya umum akan datang. Jika ini keadaannya, sudah pasti rakyat Pahang akan terus hidup sengsara dan merana buat selamanya. Dalam laporan Sinar Harian itu mendakwa ketika penduduk lain berpeluang menikmati pelbagai kemudahan asas dengan selesa, penduduk Orang Asli di sini pula terpaksa menggunakan air perigi dalam menjalankan urusan harian sejak kira-kira 50 tahun lalu. Malah ketika orang lain hanya perlu membuka paip di dalam rumah masing-masing, mereka pula terpaksa bersusah-payah mengangkut air perigi yang kotor serta berbau di rumah jiran mempunyai telaga. Bagaimanapun masalah bekalan air paip di Kampung Denai bukanlah perkara baru, malah sering dibangkitkan penduduk kepada pemimpin setempat termasuk pihak berwajib. Malangnya sehingga kini, aduan dan permasalahan itu seolah-olah dipandang sepi hingga menyebabkan penduduk kecewa. Penduduk, Sakila Muharam, 19, berkata, masalah itu bukan baru, malah penduduk berdepan ketiadaan bekalan air sejak mula-mula kampung terbabit dibuka pada 1960-an. Menurutnya, dia yang baru berkahwin terpaksa mengangkut air dari perigi rumah bapanya sejauh kira-kira 500 meter untuk memasak dan mencuci pinggan mangkuk, malah mereka sekeluarga menumpang mandi dan membasuh pakaian di situ setiap hari. "Keadaan ini sungguh membebankan kerana saya terpaksa mengangkat bebanan air dalam jarak jauh, apatah lagi mempunyai seorang anak masih kecil. "Sampai bila kami perlu hidup melarat kerana tidak memperoleh kemudahan asas sempurna? Oleh itu, kami rayu kerajaan mempercepatkan projek bekalan air bersih ke kampung ini. Cukuplah nenek moyang kami menderita, berilah kami peluang untuk menikmati kemudahan sempurna seperti masyarakat lain," katanya. Baca info seterusnya di SINI [Sesungguhnya rakyat Pahang sendiri sahaja yang tahu betapa tersiksanya mereka menghadapi isu air yang tidak berkesudahan sejak sekian lama ini. Malah, di kawasan Felda terutamanya isu air sudah menjadi terlalu kritikal dan menghantui warga peneroka terutamanya pada musim perayaan atau kenduri kendara. Kerajaan hanya berjanji dan terus berjanji setiap kali musim pilihanraya. Namun sehingga kini ia masih tidak ditepati, sedangkan rakyat terus menderita dan sengsara. Malah, jika dikatakan air paip kotor seperti di Kelantan misalnya, kotor lagi air paip yang dibekalkan kepada beberapa buah tanah rancangan Felda di sekitar wilayah Jengka. Namun, kenapa perkara ini tidak didedahkans ecara eksklusif oleh media arus perdana?. Ini kerana mereka tidak berani berkata benar dan berpijak dibumi yang nyata. Mereka diarahkan hanya highlightkan isu-isu air yang membabitkan negeri-negeri pembangkang terutamanya Kelantan dan Selangor. Apakah cara ini yang dituntut oleh agama?. Menipu rakyat, sebaliknya pada masa yang sama menyerang negeri lain kononnya tidak pandai mentadbir. Justeru, rakyat digesa bijak berfikir sebelum isu air ini bertambah serius lagi. Lakukan perubahan pada pilihanraya umum ini, jika mahu kehidupan lebih selesa]. |
You are subscribed to email updates from di rompin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen