06 di tanjung lumpur - Google Blog Search |
teratak indah: MAKAN BESAR <b>DI TANJUNG LUMPUR</b> KUANTAN Posted: 12 Jan 2013 10:41 PM PST Orang kata kalau pergi Kuantan jangan lupa singgah ke Tanjung Lumpur. Memang TERBAIKKKKKKlah. First time pergi memang foyooooooooooo........patutlah ramai orang datang kat sini semata-mata nak makan. Macam-macam ada menu di ANA IKAN BAKAR PETAI Tanjung Lumpur. Salutlahhhhhhhh. Makan besarlah kat sini. Inilah gerai Ana Ikan Bakar Petai........memang TERANGKATTTTT Ketam masak telur masin.....Sedap wooooo...walaupun payah nak menggigit ketam tu tapi disebabkan tak tahan dengan godaan ketam.....gigit juga..memang sedap gilerrrrrr....payahlah nak gambarkan Tomyam dan lala masa cili. Memang masyukkk layan.....dah tak nampak kiri kanan Ikan Bakar Petai tapi sorrylah tangkap gambar dulu sebelum dikendurikan. Memang powerlah .....first time makan ikan bakar ada petai.....memang SEDAPPPPPP Dan banyak lagi menu yang tak sempat nak tangkap sebab dah tak tahan godaan kesedapan menu tersebut. Apa lagi makan, makan, makan dan makan banyak lagi menu yang di order ketika itu UDANG, sayur kailan dan macam2. Terima kasih pada yang belanja. Semoga ALLAH memurahkan rezeki mereka dan memakbulkan doa-doa mereka. Amin. |
PROGRAM “ZIARAH KASIH” <b>DI</b> KAWASAN DUN <b>TANJUNG LUMPUR</b> Posted: 14 Mar 2013 01:14 AM PDT Kuantan, 11 Mac – Program "Ziarah Kasih" di kawasan DUN Tanjung Lumpur telah diadakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuantan bermula jam 9 pagi pada 3 Mac lalu. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhwah sesama insan di samping dapat mengekalkan amalan kunjung-mengunjung terutamanya di antara kakitangan AADK dan klien-klien di bawah seliaan AADK. Program sebegini memberi impak yang amat besar kepada klien dalam usaha AADK membantu kepulihan sepanjang hayat. Seramai 9 orang kakitangan AADK Daerah Kuantan telah berkunjung ke rumah OKP di sekitar Perkampungan Tanjung Lumpur dan Peramu. Selain beramah mesra dan bertanya khabar tentang perkembangan semasa klien, AADK juga mengambil kesempatan menasihatkan klien supaya menjalankan hak mereka sebagai warganegara dengan keluar mengundi sempena PRU 13. Di samping itu Program outreach di jeti nelayan turut dilaksanakan bersama penduduk setempat. Ianya bertujuan menyampaikan maklumat kepada orang awam mengenai transformasi dan perkhidmatan AADK seperti Klinik Cure & Care 1Malaysia, Cure & Care Service Centre (CCSC) dan Caring Community House (CCH).
=tamat= Disediakan oleh: AADK |
You are subscribed to email updates from di tanjung lumpur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen