Isnin, 15 April 2013

06 di bera pahang - Google Blog Search

06 di bera pahang - Google Blog Search


<b>Pahang</b> Daily Online: Panas: Protes, Jentera Pilihan Raya PAS <b>Bera</b> <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2013 11:45 PM PDT

BERA 13 April - Kemelut perebutan kerusi antara parti pembangkang (Pakatan rakyat) di negeri ini kian meruncing selepas jentera pilihan raya PAS Parlimen Bera mengadakan bantahan terbuka hari ini, mendesak kerusi tersebut tidak diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bantahan di pejabat parti itu di sini semalam, disertai kira-kira 60 ahli PAS diketuai Ketua Pemuda PAS Kawasan Bera, Mohd. Shahrul Mohamed yang juga ketua jentera pilihan raya parti itu di Bera. Selain membawa poster menegaskan kerusi Parlimen Bera milik Pas, mereka turut melaungkan takbir sambil mengecam Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengkhianati kerjasama antara pembangkang dalam demonstrasi selama hampir 20 minit itu. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd. Shahrul berkata, tindakan Anwar mengumumkan calon PKR di kerusi Parlimen Bera Sabtu lalu, jelas bertentangan dengan semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang. Sehubungan itu, menurut beliau, jentera pilihan raya PAS Bera yang diketuainya membantah sekeras- kerasnya tindakan Anwar itu kerana kerusi tersebut milik PAS seperti pilihan raya sebelum ini. Katanya, pengumuman Anwar itu juga bertentangan dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PAS akan bertanding di Parlimen berkenaan seperti disiarkan portal berita PAS  Harakahdaily 6 April lalu. "Parlimen Bera adalah sasaran kerusi untuk dimenangi Pas Pusat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. "Sebaik pilihan raya umum 2008, jentera Pas Bera dan seluruh unit peti undi (UPU) termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Guai dan Triang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja memenangkan Pas di Parlimen ini sebagaimana yang diamanahkan kepimpinan," katanya. Sabtu lalu, Anwar dalam sidang akhbar di Kuantan mengumumkan PKR  meletakkan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Zakaria Abd. Hamid sebagai calon mereka di Bera selepas sebelumnya turut mengumumkan akan meletakkan calon di kerusi itu. Pada pilihan raya umum lalu, calon BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menang di Parlimen Bera dengan majoriti  4,313 menewaskan calon PAS, Mazlan Aliman. 
Katanya, kerusi Parlimen Bera sememangnya kerusi PAS dan tidak pernah dimasukkan ke dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi dengan PKR atau DAP sejak 2008. Bagaimanapun, tambahnya, kemelut perebutan itu bermula selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada 3 April lalu, mengumumkan parti tersebut akan meletakkan calon di Bera. "Alasan bantahan akar-umbi PKR Temerloh setelah kerusi Parlimen berkenaan ditandingi Pas tidak sewajarnya menjadikan Parlimen Bera sebagai tawaran atau kambing hitam bagi menebus kekecewaan segelintir pemimpin dan penyokong PKR. "Perlu diingatkan seluruh jentera pilihan raya Pas Bera tidak terlibat dengan pertikaian tersebut dan tidak sepatutnya dipanjangkan ke Parlimen Bera yang tiada kena-mengena dengan soal kerusi Parlimen Temerloh," katanya. Tambah beliau, PKR di Bera juga hanya mempunyai kira-kira 200 ahli yang hanya tertumpu di DUN Kemayan berbanding PAS yang memiliki kira-kira 5,000 ahli di Bera. Walau bagaimanapun, beliau buat masa ini enggan menyatakan tindakan selanjutnya sekiranya PAS Pusat terus berkompromi dan bersetuju calon PKR bertanding di kawasan parlimen itu.


[Apa yang berlaku di Parlimen Bera ini sungguh mengejutkan sebenarnya. Ramai yang mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Jentera Pilihanraya PAS Bera ini kononnya tidak mengikut "walla' pemimpin" dalam membuat tindakan. Namun, mereka juga harus sedar bahawa dua hari sebelum Azmin umum Zakaria bertanding, Dato' Tuan Ibrahim (Pesuruhjaya PAS Pahang) terlebih dahulu umumkan PAS bertanding di situ. Maka, siapa yang bersalah dalam hal ini?. Kenapa pemimpin tidak berbincang dengan baik sebelum membuat keputusan, sedangkan kerusi Parlimen Bera bukanlah yang berstatus "quo" iaitu bertindih dengan lain-lain parti. Malah, amat tidak munasabah sama sekali PKR yang tidak mempunyai jentera yang cuku di Bera diberi hak bertanding di Parlimen Bera dan DUN Kemayan. Sedangkan PAS yang begitu kuat bekerja dan istiqamah selama ini hanya mendapat kerusi DUN Guai sahaja. Selebihnya kerusi DUN Triang ditandingi oleh DAP. Bayangkan parti yang kuat dengan jentera yang sudah bersiap sedia untuk menggempur sejak lima tahun lalu hanya bertanding di satu DUN sahaja di kawasan ini. Anehnya, PKR pula yang mendapat kesitimewaan tersebut. Maka, amat munasabah sekali Jentera Pilihanraya PAS ini membantah tindakan mencalonkan individyu dari PKR bertanding di situ. Keputusan yang memang akan menyebahkan kekliruan dikalangan semua pihak. Apapun, carilah jalan penyelesaian terbaik sebelum hari pencalonan dan pengundian ini hendaknya. Jangan nanti PKR bertanding tetapi tiada jentera untuk membuat kerja. Sama seperti apa yang berlaku kepada calon PKR di DUN Kemayan pada PRU-12 dulu yang terkapar-kapar sendirian apabila PKR tarik keluar semua jentera parti itu].

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads