Rabu, 24 April 2013

06 di brinchang - Google Blog Search

06 di brinchang - Google Blog Search


Cuti-cuti : Pasar Pagi <b>Brinchang</b> - Cameron Highland - Dunia Diana

Posted: 21 Apr 2013 10:24 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;
Tempoh hari aku dah cerita tentang perjalanan ke Cameron Highland pada bahagian yang pertama. Hari ini tentunya bahagian kedua. 
Setelah cukup rehat dan hilangkan sedikit lelah. Pagi Isnin (15 April, 2013) sekitar jam 11.00 pagi kami ke Pasar Pagi Brincang. Kami beruntung, walaupun tidak dapat singgah dan melawat pasar malam di sini, kami beruntung kerana Pasar Pagi di Brinchang akan diadakan setiap hari Isnin mulai jam 7 pagi hingga ke jam 12 tengahari.
Pasar Pagi Brinchang menawarkan pelbagai barangan meliputi barangan harian, sayur-sayuran, strawberry, bunga-bungaan dan pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang. Aku tak beli banyak barang sebab mempunyai ruang dan jarak yang terhad untuk membeli. Kalau membeli sayur-sayuran, manakan mungkin sampai ke Johor dengan elok kan.
Semasa di Pasar Pagi Brinchang, aku cuma membeli cenderahati untuk kawan-kawan di pejabat, teh cameron highland, makan strawberi coklat, makan aiskrim malaysia strawberi dan macam-macam lagi. Apa yang menarik perhatian tentulah bunga-bungaan yang dijual di sana.
Wah, memang cantik-cantik dan segar bunga yang dijual. Harganya juga jauh lebih murah berbanding harga di bandar. Patutlah Ahmad Seth Tan boleh hadiahkan satu boot kereta bunga untuk Nora Elena. (Pulak dah..) SiDia turut menghadiah aku sejambak bunga. Sweet sangat-sangat kan. Kalau ikut hati memang banyak aku nak beli tapi memang kena tahan nafsu masa ini.
Gambar-gambar sekitar Pasar Pagi Brinchang aku tak sempat rakamkan kerana sibuk membeli-belah. Berikut adalah beberapa gambar Pasar Pagi Brinchang dari En. Google.
Murahkan harga sayur-sayuran di sini. Aku yang sangat addicted dengan sayur rasa mesti best duduk sini sebab sayur murah. Huhu.. Buah-buahan paling terkenal tentulah strawberi. Kami tak beli sebarang strawberi di sini sebab kami memang merancang untuk merasai pengalaman memetik sendiri buah strawberi di ladang. Kalau ada yang dibeli pun, strawberi kering dan kami makan strawberi coklat dengan harga 3 batang RM5.

Pengalaman Bermalam <b>di</b> Hutan Berlumut Gunung <b>Brinchang</b>

Posted: 24 Mar 2013 07:29 PM PDT

DSCN2506

BIASANYA, Cameron Highlands, Pahang sering menjadi destinasi percutian tanah tinggi yang digemari rakyat Malaysia kerana udaranya yang nyaman, pemandangan ladang teh yang memukau dan juga menjadi ?syurga? membeli sayur-sayuran serta bunga-bungaan segar.

Bagi penulis, percutian ke sana bukan sekadar percutian biasa di tanah tinggi, sebaliknya kehadiran penulis ke sana baru-baru ini adalah untuk bermalam di Gunung Berinchang yang terletak di ketinggian 2,000 meter dari paras laut.

Kepada mereka yang merancang untuk percutian bajet, mungkin tempat ini boleh menjadi destinasi kamu untuk bercuti dengan pelbagai tempat menarik yang ditawarkan.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands melalui Tapah mengambil masa empat jam setengah. Selepas itu, rombongan kami seramai lapan orang meneruskan perjalanan ke Gunung Berinchang.

Tidak seperti gunung lain yang perlu didaki untuk sampai ke puncak, Gunung Berinchang boleh diterokai dengan hanya menaiki kenderaan untuk sampai ke puncaknya.

Perjalanan jauh bagaikan tidak terasa apabila penulis disambut dengan pemandangan indah yang memukau terutama ketika mendaki tangga menuju ke menara pandang yang disediakan di situ.

Jika bernasib baik, pengunjung berpeluang melihat pemandangan 360 darjah seluruh kawasan Cameron Highlands sehingga ke Ipoh, Perak jika cuaca mengizinkan.

Persekitaran Gunung Berinchang yang sentiasa berkabus menambahkan lagi keterujaan penulis. Ini kerana keadaan seperti itu jarang dapat dihayati di ?hutan batu? di ibu kota yang menjadi tempat tinggal penulis.

Dalam percutian ini, penulis dan rakan-rakan memberhentikan kenderaan di tepi jalan di puncak gunung ini, sebelum bersiap untuk mendirikan khemah di satu kawasan lapang dekat situ. Hanya kawasan lapang itu sesuai dijadikan tapak perkhemahan memandangkan kawasan hutan di situ tidak sesuai untuk aktiviti perkhemahan.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads