Selasa, 16 April 2013

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Foto Memori Ku: Lawatan masa cuti <b>di Bukit Tinggi</b>,Sumatera Barat.

Posted: 31 Mar 2013 12:22 AM PDT

Pada 23 hingga 26 Mac 2013,kami seramai lapan orang rakan-rakan telah melawat sambil membeli belah di Bukit Tinggi,Sumatera Barat. Kami pergi dalam kumpulan yang kecil tetapi penuh bermakna.  Saya,Hj.Ramlan isteri dan dua anaknya  beserta Cikgu Ismail A.Rahim dan isterinya  . Segalanya berjalan dengan baik dan tidak ada masalah .Lawatan yang menyeronokkan. Rasa tak cukup 
masa dan teringin ke sana lagi.Bukit Tinggi adalah salah satu bandar besar di Sumatera Barat. 
Terletak di Tanah Tinggi Minangkabau, jauhnya kira 90km dari Padang.Kedudukannya 930meter dari aras laut menyebabkan suhunya dingin kira-kira antara 16 - 24 darjah Celcius.Petikan: Bukittinggi memiliki julukan sebagai "kota wisata" karena banyaknya objek wisata yang terdapat di kota ini. Kami bertolak dari LCCT Sepang dengan penerbangan Air Asia jam 1.30 thari dan selamat sampai di Lapangan Terbang Minangkau Padang jam 2.00 ptg. Kami bertolak ke Bukit Tinggi sampai sekitar jam 8.00 malam dan bermalam di Hotel Royal Denai selama dua malam.Foto-foto yang dipaparkan pada bahagian 1 ini adalah sebahagian pemandangan yang sempat dirakamkan sepanjang perjalanan kami dari Bandar Bukit Tinggi menuju ke Tasik Maninjau yang terletak di kawasan pergunungan bahagian Tanah Tinggi di Pantai Barat Sumatera. Pemandangan dari cerun dan keluk yang berliku2 ini sangat cantik,aman dan bersih.






















Tiada ulasan:

Catat Komen

ads