Isnin, 15 April 2013

06 di gebeng - Google Blog Search

06 di gebeng - Google Blog Search


2 Malaysia-China Kuantan Industrial Park Dibuka <b>Di Gebeng</b> Bukti <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 05:06 AM PST


Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri semalam di Gebeng, Kuantan telah membuktikan satu perkara - Kilang Lynas tidak merbahaya! Tidak ada satu perkataan yang mengambarkan kerisauan daripada pelabur-pelabur dari China tentang Lynas. Lynas selamat dan bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh Wong Tak dan Kumpulan Hijau yang adalah dalam beberapa ekor. Taman perindustrian ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya dalam masa dua tahun dan telah berjaya menarik komitmen pelaburan bernilai RM10.5 billion, dan menjana peluang pekerjaan sebanyak 8,500 buat Rakyat Pahang dan Kuantan khasnya.
Sekarang apa komen juak-juak Pakatan Haram? Masih lagi mahu menyokong perjuangan bebal Wong Tak dan Kumpulan Hijau semata-mata sebab politik mahu menjatuhkan Kerajaan BN? Wong Tak yang tiada otak ini adalah Cina Bukit DAPig yang berlindung di sebalik Kumpulan Hijau. Cina Bukit DAPig ini beberapa hari lepas mengugut akan membakar Kilang Lynas sekiranya Kerajaan tidak menutup Kilang Lynas selepas PRU-13. Bukankah itu satu ancaman dan ugutan? Apakah ancaman itu akan dibiarkan begitu sahaja? Mana Menteri Amaran? Masih "play safe" di dalam membuat sebarang keputusan?
Berbalik kepada perasmian MCKIP. MCKIP dibangunkan dalam kawasan perindustrian Gebeng yang telah wujud buat sekian lama. Kawasan ini bertambah maju dari setahun ke setahun. Kawasan ini amat berdekatan dengan Kilang Lynas. Sekiranya Kilang Lynas amat membahaya seperti didakwa Kumpulan Hijau, apakah Wong Tak yang tiada otak fikir pelabur-pelabur daripada China sebodoh dirinya untuk melabur jutaan ringgit semata-mata untuk terdedah kepada risiko radiasi? Bengong dan baghal betul Cina-Cina DAPig ini.

JANJI NAJIB <b>DI GEBENG</b>, HEBAT....!!! | Pakdoe Allan

Posted: 05 Feb 2013 07:12 PM PST

KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan tidak terlalu ghairah mengumumkan janji projek mega baru sedangkan projek yang diumumkan sebelum ini masih belum terlaksana.

Penganalisis politik negeri Pahang, Syed Ali Badaruddin Al-Habsyi (gambar) mengulas tindakan Najib yang melancarkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), berjumlah RM10.5 bilion di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini semalam.

Katanya, sedangkan projek mega Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dianggarkan bernilai RM8 bilion di parlimen Pekan yang dijanjikan Najib dahulu, terus gagal dilaksanakan.

"Dulu Najib bukan main gah mengumumkan projek mega di Tanjung Agas kerana janji awalnya bakal memberi nikmat besar kepada penduduk termasuk 3,000 peluang pekerjaan baru di samping menyediakan peluang perniagaan.

"Harapan penduduk Pekan pada masa itu bukan main ghairah kerana daerah mereka diuar-uarkan bakal setanding dengan bandar-bandar besar seperti Kelang apabila siapnya projek raksasa di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) itu.

"Namun setelah hampir tiga tahun diumumkan Najib, projek yang kononnya menerima pelaburan dari Korea di atas tanah seluas 4,700 ekar itu yang siap hanyalah lebuh raya yang rosak teruk sepanjang 15 kilometer menghubungkan Jalan Pekan-Rompin ke tapak projek," ujarnya.

Syed Ali berkata, sekarang Najib berjanji pula satu lagi projek mega hasil pelaburan dari China di Gebeng.

Najib dalam ucapan perasmiannya hari ini berkata, MCKIP berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM10.5 bilion yang akan mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Katanya, daripada jumlah pelaburan itu, lebih daripada RM4 bilion akan direalisasikan menjelang tahun 2015.

Syed Ali menjelaskan, kebimbangan orang ramai ialah projek yang dijanjikan Najib hari ini menerima nasib yang sama seperti di Tanjung Agas.

"Kalau nak tahu, sekarang ini orang-orang kampung tradisi di Tanjung Agas dan Orang Asli sekitarnya yang dulu kerja mereka mengutip kerang, ketam dan kepah kini terpaksa menyara hidup dengan mengutip sisa pepejal Alam Flora dekat di Permatang Keledang, dua kilometer dari situ.

"Mereka yang mencari rezeki melalui hasil laut itu dah tak boleh masuk dengan bebas ke Tanjung Agas kerana dipagar dan dikawal. Batu pemecah ombak yang dibina panjang pula menghalang nelayan. Akhirnya terpaksa mencari rezeki dengan memilih dan menjual sampah pula," katanya.

Sementara itu Syed Ali tidak menolak andaian projek MCKIP bertujuan politik menjelang pilihan raya umum (PRU) iaitu untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina bahawa Lynas yang juga terletak di Gebeng tidak bahaya setelah mendapat bantahan keras.

"Kita kena sedar kawasan Gebeng terletak dalam Dewan Undangan Negeri Beserah dan dalam Parlimen Indera Mahkota yang mana kedua-dua kerusi berkenaan di kuasai Pakatan Rakyat. Sebab itu ada kemungkinan projek itu bersifat politik untuk kembalikan kepercayaan dan undi penduduk untuk BN.

"Sebab saya fikir dalam iklim kemuraman ekonomi seluruh dunia sekarang, tidak mungkin mana-mana negara berani melabur dengan begitu besar tanpa jaminan pulangan," katanya.

Namun begitu, Syed Ali percaya orang-orang Cina tidak mengubah pendirian mereka kerana bagi masyarakat itu keselamatan daripada bahaya Lynas lebih diutamakan walaupun telah membudayakan ekonomi dalam kehidupan mereka.

P/S: INILAH JANJI DITEPATI NAJIB, SIBUK NAK SELESAIKAN MASALAH AIR DI NEGERI KELANTAN, SEBALIKNYA NEGERI SENDIRI KERING KONTANG...

PAKDOE ALLAN

Gaya Peneroka: PUISI LYNAS OLEH A SAMAD SAID <b>DI GEBENG</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2013 02:14 AM PST

10 ARTIKAL TERKINI

'); if (showpostsummary == true) { if (standardstyling) document.write('
'); if (postcontent.length '); document.write(postcontent); if (standardstyling) document.write('');} else { if (standardstyling) document.write(''); postcontent = postcontent.substring(0, numchars); var quoteEnd = postcontent.lastIndexOf(" "); postcontent = postcontent.substring(0,quoteEnd); document.write(postcontent + '...' + readmorelink); if (standardstyling) document.write('');} } if (!standardstyling) document.write('

'); if (standardstyling) document.write('
'); } if (!standardstyling) document.write('
'); if (standardstyling) document.write('
'); document.write('Widget by Beautiful Beta'); if (!standardstyling) document.write('
'); } //]]>

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads