Jumaat, 12 April 2013

di negeri pahang - Google Blog Search

di negeri pahang - Google Blog Search


<b>Pahang</b> Daily Online: Panas: Kerajaan <b>Negeri</b> Luluskan Kontrak <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 10:17 AM PDT

KUANTAN, 18 Mac - Rakyat Pahang kini tertanya-tanya apakah benar ada penyelewengan kuasa dalam penganugerahan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri selama tujuh tahun kepada sebuah syarikat "dua hari" yang cukup meragukan. Perkara ini dibongkarkan oleh PAS Pahang dalam beberapa siri ceramah mereka. Dalam satu ceramah umum di Sg.Isap Damai baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, mendedahkan, berdasarkan surat daripada Pengarah JKR Pahang, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) telah meluluskan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri di seluruh negeri Pahang kepada Syarikat YP Maintenance Sdn. Bhd. Menurutnya, surat yang ditujukan kepada semua jurutera daerah itu, kontrak akan dilaksanakan bermula pada 1 hb April 2013 selama 7 tahun dan pembiayaannya adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyelenggaraan Negeri. Jelas surat tersebut, jalan-jalan Negeri yang terlibat dengan kontrak ini adalah jalan-jalan di dalam kategori Jalan Raya Negeri di bawah JKR seperti yang disenaraikan dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) tidak termasuk jalan-jalan di bawah kategori yang lain. Pendedahan ini telah dibuat oleh blog selamatkanpahang. Antara lain blog terbabit melaporkan penganugerahan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri di seluruh negeri Pahang kepada hanya sebuah syarikat dijangka akan menjejaskan pekerja kuari Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor kelas F dan peluang kerja anak tempatan. Penswastaan kepada Syarikat YP Maintenance Sdn. Bhd. itu sudah tentu merugikan banyak pihak dalam jangka masa panjang kerana ia seperti monopoli. Kuari JKR bergantung kepada pengeluaran hasilnya yang dipasarkan kepada JKR-JKR daerah, jika kerja-kerja penyelenggaraan jalan diswastakan secara langsung akan menjejaskan pendapatan pekerja kerana syarikat kontraktor biasanya mempunyai kuari sendiri. Begitu juga dengan pekerja-pekerja unit jalan JKR daerah, mereka mempunyai kakitangan paling ramai dalam unit-unit JKR. Dengan cara penswastaan ini elaun lebih masa yang dinikmati sebelum ini mungkin tiada lagi. 

Sementara itu, menurut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua orang ahli lembaga pengarah syarikat dengan nombor pendaftaran 1033787 X tersebut ialah Johari Harun yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob yang beralamat di Batu Caves. Syarikat tesebut baru didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan modal berbayar 100,000. Dengan penswastaan tersebut, kontraktor kelas F juga dijangka menghadapi kerumitan dan masa depan yang suram selepas ini kerana segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori jalan raya negeri di bawah JKR dibatalkan. Sebelum ini kontraktor kelas F juga ramai yang terpaksa 'gulung tikar' apabila penyelengaraan jalan persekutuan diswastakan kepada syarikat Roadcare. Unit jalan JKR daerah-daerah sudah tentu akan dikecilkan saiznya kerana kerja-kerja sudah diswastakan. Secara tidak langsung kesan jangka panjangnya ialah tidak ada lagilah "peluang pekerjaan" kepada para penduduk tempatan.

Sila klik pada imej yang dipaparkan ini untuk membesarkan gambar diatas
[Nampak isu ini sesuatu yang agak panas menjelang pilihnaraya umum akan datang. Bagaimana JKR Pahang boleh tawarkan kontrak selama tujuh tahun kepada sebuah syarikat yang cukup meragukan kewujudannya. Jika benar dakwaan PAS, syarikat terbabit didaftarkan pada 4 Februari, maka mana mungkin Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang yang dipengerusikan oleh Menteri Besar boleh bersetuju meluluskan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit pada 6 Februari. Malah lebih mengejutkan JKR Pahang hantar surat berkenaan pada tarikh 27 Februari 2013. Ini bermakna syarikat berkenaan seolah-olah mempunyai keistimewaan yang amat ketara. Tiada pengalaman tetapi begitu mudah diluluskan. Difahamkan YP Maintenance Sdn Bhd (YPM) adalah sebuah syarikat 100% bumiputera yang berdaftar dibawah CIDB (Gred G7) merupakan sebuah syarikat dibawah Yayasan Pahang (YP). Difahamkan Penegrusi Yayasan Pahang ialah Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Persoalannya, kenapa begitu cepat projek ini diluluskan kepada syarikat terbabit?. Siapakah Syufina Yaakob dan Johari Harun dari Janda Baik. Harus diingat, MB Pahang berasal dari Kg.Sum Sum, Janda Baik. Apakah ada unsur-usnur penyelewangan dan korupsi dalam penganugerahan projek kontroversi ini. Siasatan lanjut bakal menyusul !].

Khabar <b>Pahang</b>: Dewan Undangan <b>Negeri Pahang</b> ke-12 turut bubar

Posted: 03 Apr 2013 11:08 AM PDT


… ekoran perkenan KDYMM Sultan Pahang setelah majlis menghadap Menteri Besar ke atas Baginda di Istana Mahkota, Jalan Teluk Sisek jam 10.50 malam ini.
PERSIDANGAN MEDIA 'TERGEMPAR'... Bersimpati dengan para wartawan serta memahami tuntutan profesionalisme apatah pula sanggup menunggu hingga hampir tengah malam; Dato' Sri DiRaja Adnan yang juga terkenal dengan sifat 'mesra-media'nya, telah sudi turun dari keretanya di luar pintu pagar Istana Mahkota, untuk melayani juga kehendak mereka sungguhpun pada sebelah petang, telahpun ditemuinya.  
DEPAN PINTU PAGAR, ISTANA MAHKOTA, JALAN TELUK SISEK, KUANTAN – Sepertimana bubarnya Parlimen berkuatkuasa hari ini, Rabu, 3 April menerusi pengumuman mengenainya oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak jam 11.30 pagi tadi di Putrajaya;
Begitulah juga bubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada hari yang sama, ekoran majlis menghadap Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob ke atas KDYMM Sultan Pahang pada 10.50 malam ini, di Istana Mahkota di sini.
"(I  have) just had an audience with Tuanku at 10.50 pm. Tuanku consented and assented to the dissolution effective today," kata Dato' Sri DiRaja Adnan yang masih sudi menemui wartawan yang menunggunya selepas majlis menghadap tersebut.
"Tuanku couldn't sign (the documents pertaining to the dissolution of the State Assembly) earlier as Tuanku had AFF meeting (in the day) and then tonight, had AFF dinner," katanya yang ditemui pada hampir tengah malam.
Sebelum itu, Dato' Sri DiRaja Adnan turut mengiringi KDYMM Sultan Pahang menghadiri makan malam AFF – Asean Football Federation di Hotel Hyatt Regency berhampiran. Baginda Tuanku sendiri ialah Presiden badan bolasepak bagi rantau Asia Tenggara ini.
MENELITI DOKUMEN BERSAMA-SAMA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang meneliti semula dokumen berkenaan dengan Setiausaha, DUN yang juga Setiausaha, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), Syed Ahmad Khairulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman, memerhatikan.   
DUN PAHANG BUBAR SERENTAK
Menteri Besar dilihat memasuki perkarangan Istana Mahkota ini – istana hinggap KDYMM Sultan Pahang di Kuantan ini; pada kira-kira 10.40 malam, dan keluar kira-kira sejam setengah kemudian.
Dengan pembubaran serentak Parlimen dan DUN Pahang – begitu juga dengan DUN di negeri-negeri lain; akan memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) yang tarikh penamaan calon dan pengundian akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Pada sebelah petang sebelumnya, Dato' Sri DiRaja Adnan telah mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang terakhir, bertempat di BILIK MESYUARAT, KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR.

Pada persidangan media kemudian beliau berkata, mesyuarat hari ini membincangkan perkara-perkara biasa seperti juga yang telah dibincangkan pada mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri yang lepas-lepas.
"It's all about normal administration and of course, following the ethics, when the parliament dissolved; we don't discussed nor approved things that are financial in nature or other bigger matters. It's just normal.
MENTERI BESAR DENGAN JEMAAH EXCONYA... Buat kali terakhirnya. 
KERAJAAN SEMENTARA TERUS BERKHIDMAT
"And you can see, even the book is thin, not as thick as every other Wednesdays (before)," katanya sambil menunjukkan kepada wartawan fail yang mengandungi kertas-kertas yang perlu dibincangkan, yang ternyata nipis sahaja.
Beliau juga berkata, sungguhpun dengan pembubaran khususnya DUN Pahang, Kerajaan yang menjadi Kerajaan Sementara pimpinannya, akan terus berkhidmat sementelah perkhidmatan yang diberikan bukanlah setakat untuk menghadapi pilihanraya semata-mata.
Kepada soalan sama ada beliau berpuas hati dengan prestasi Kerajaan pimpinannya selama ini, beliau menjawabnya secara positif.
"Terus terang saya katakan, saya berpuas hati dengan prestasi semua wakil-wakil rakyat, ahli-ahli Exco dan pegawai-pegawai, ketua-ketua jabatan. Sebab, banyak kita buat… kita boleh lihat dalam bidang contohnya pendidikan, kebajikan, pelaburan – kesemuanya berjalan dengan baik.
"Kalau kita lihat kemudahan infrastruktur, juga berjalan dengan baik. Saya yakin, kalau Barisan Nasional diberi peluang lagi di bawah kepimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, lebih banyak lagi boleh dibuat untuk Malaysia, ianya insyaAllah, akan ber'jangkit' ke Pahang," katanya penuh yakin.
MENGAGAH DAN BERSENDA DENGAN JURUFOTO... Klik, klik, klik, klik, klik, klik, klik, klik, klik. Beginilah 'media-friendly'nya ketua eksekutif negeri kita.  
PORTRAYAL OF SINCERITY, HONESTY AND SERIOUSNESS
Beliau seterusnya berkata, beliau tidakpun terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri pada sebelah pagi, membubarkan Parlimen ke-12 kerana ia lambat-laun dilakukan kerana sudah sampai ke penghujung tempoh Parlimen berkenaan.
Yang mengejutkannya ialah kandungan ucapan Perdana Menteri yang bukan sahaja amat-amat mustahak yang berkaitan dengan keadaan semasa malah cara olahan kandungan ucapan itu sendiri.
"More so, the way the Prime Minister presented the speech. It portrayed sincerity, honesty, and seriousness on the part of the Prime Minister to look after the people and the country.
"He was emphasizing on the interest of the future generation – our grandchildren. I think the people will give due consideration to the way PM delivered a well arranged, and a well structured speech," katanya lagi.
Menurutnya, ada pihak yang memutar-belit dalam internet dengan mendakwa Perdana Menteri kelihatan sedih ketika menyampaikan ucapan mengumumkan pembubaran Parlimen itu, yang sememangnya kerja pembangkanglah.
BAYANG-BAYANG DAN, TERBAYANG KEMENANGANNYA...


'SO, WHY ARE YOU WEARING WHITE…'
"That is normal. Their job is to spin. Everything (that) they can spin, they (will) spin. We (normally) spin circular(-shaped) things, but they (the opposition) spin even rectangular(-shaped) items," katanya menempelak puak-puak pembangkang berkenaan.  
Yang agak melucukan pada persidangan media ini ialah apabila Menteri Besar meminta wartawan menanyakan kepadanya tentang sebab beliau tidak seperti ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri lain yang bepakaian lengkap 'suit', tetapi berpakaian kemeja putih lengan pendek.
"Tanyalah, 'why are you wearing white today? The others all wearing suit?'" kata Dato' Sri DiRaja Adnan yang disahut tanpa diduga oleh seorang wartawan muda-belia, penuh berbudi-bahasa, "Ha… Dato' Sri. So, why are you wearing white…" yang serentak itu meledakkan ketawa mereka yang hadir.
Jawablah Menteri Besar; "Frankly speaking , I was doing my normal jobs -- going through the papers, files this morning, and I didn't have time to go back and change. Itu sahaja.
"You got to ask further, 'why didn't you bring the suit here?" yang sekali lagi yang hadir ketawa tetapi, wartawan berkenaan tidak lagi mengulangi pertanyaan yang sama. – Khabar  

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads