Isnin, 20 Mei 2013

06 di bera pahang - Google Blog Search

06 di bera pahang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di bera pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 01 May 2013 01:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Pahang</b> Daily Online: Panas: Calon PKR &#39;Kerusi Parlimen <b>Bera</b>&#39; <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2013 01:19 PM PDT

BERA, 10 April - Harapan Pakatan Rakyat untuk menakluki Parlimen Bera mungkin musnah sepenuhnya jika keputusan meletakkan Zakaria Abd Hamid (foto), Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di situ tidak ditarik balik oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Demikian ditegaskan oleh beberapa orang pemimpin PAS Kawasan yang dihubungi oleh PDO selepas pengumuman Anwar di Kuantan malam tadi. Tambah panas lagi, apabila kini ada pula Gerakan memprotes PKR rampas kerusi Parlimen Bera (P90) di laman sembang sosial facebook yang diwujudkan. Jika ini keadaannya, maka Anwar sepatutnya memikirkan sesuatu sebelum membuat keputusan. Difahamkan antara perkara yang dipertikaikan ialah Kerusi Parlimen Bera bukan kerusi bertindih, telah dipersetujui sebagai kerusi PAS, tidak pernah terlibat dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi sebelum ini. Jentera dan ahli bawahan telah bekerja bersungguh-sungguh dan berkorban kerana PAS Pahang telah meletakkan kerusi ini sebagai parlimen target pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Namun, sebahagian daripada mereka amat kecewa apabila kerusi itu dirampas oleh PKR. Sebelum ini, Parlimen Bera ditandingi oleh Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK). Namun kini beliau diarahkan bertanding di negerinya sendiri iaitu Johor, oleh pimpinan PAS pusat. Maka itu Bera akhirnya akan ditandingi oleh calon PAS tempatan, sehinggalah terdapat laporan PKR mahu bertanding di situ secara tiba-tiba selepas mereka gagal pertahankan Parlimen Temerloh. Difahamkan sebanyak 30 dari 37 ketua Unit Peti Undi (UPU) telah menyatakan bantahan. Malah menurut kenyataan terbabit, tindakan PKR merampas kerusi Parlimen Bera dalam keadaan mereka tidak bekerja dan tidak mempunyai jentera dilihat suatu pengkhianatan kepada persefahaman dalam Pakatan Rakyat di Bera.  PKR tidak seharusnya menjadikan PAS Bera sebagai kambing hitam setelah kecewa mendapatkan kerusi Parlimen Temerloh. Persengketaan mereka di Temerloh sepatutnya diselesaikan di sana, Bera tidak berkaitan. Calon yang diletakkan oleh PKR tidak dikenali oleh akar umbi, tidak bekerja di dalam kawasan, tidak pernah menyertai program-program kawasan selama ini. Cuma yang sering diwar-warkan oleh ejen-ennya beliau pernah kalah bertanding kerusi DUN di sini suatu ketika dulu.   Terkini, satu jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan untuk mewakili suara-suara seluruh Ketua UPU dalam Parlimen BeraPengerusi jawatankuasa bertindak itu akan mengumumkan langkah seterusnya dalam masa kurang lima hari dari hari ini. Laporan lanjut menyusul. 

[Penolakan besar-besaran terhadap calon Pakatan Rakyat ini adalah sesuatu yang cukup mengejutkan. Tambahan pula ia berlaku beberapa hari lagi menjelang hari pencalonan Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Parlimen Bera kini diwakili oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Jika krisis seperti ini berlaku, maka ia akan memudahkan laluan Barisan Nasional (BN) menang di situ. Di tambah dengan undi protes yang pastinya akan berlaku. Tidak dimaklumkan apakah ada ahli PAS yang akan bertanding sebagai calon bebas akibat kecewa dengan keputusan ini?. Apapun, kemungkinan besar itu pasti ada bila mana pencalonan Zakaria ini tidak ditarik balik oleh Anwar Ibrahim  agaknya. Kini, kerusi panas yang dijangka boleh menyumbangkan kerusi buat Pakatan Rakyat ke Putrajaya sudah pasti musnad di Pahang. Apapun, keadaan masih terkawal bila mana antara UMNO sendiri juga sedang bergolak di Bera sekarang ini antara Ismail Sabri dengan Mustafa Yassin. Ada ura-ura Mustafa akan mengambil alih tempat Ismail selepas menunggu satu penggal pilihanraya. Jika ini berlaku sudah pasti pertembungan Ismail-Mustafa juga cukup hebat. Makanya, siapa yang bertanding bebas di Parlimen Bera mungkin akan mendapat kemenangan muda kali ini. Soalnya, adakah sesiapa yang berani tawarkan diri. Kini pengundi Parlimen  Bera yang akan menentukannya !!].

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads