Selasa, 14 Mei 2013

06 di janda baik - Google Blog Search

06 di janda baik - Google Blog Search


Kisah Mandi-manda Semalam <b>di Janda Baik</b>. - Ejam Othman

Posted: 01 May 2013 06:13 PM PDT

wpid 20130501 114651 eo Kisah Mandi manda Semalam di Janda Baik.

Ini sambungan kisah semalam, tajuk pun dah beritahu kisah semalam yang seronok lagi menyeronokkan. Aktiviti Hari Keluarga versi mini punya (sebab orang yang join tak ramai) anjuran kelab staff kolej isteriku bekerja.

Aktiviti awal berendam tidak lama sangat kerana air sejuk lagi waktu tu mungkin sebab baru lepas hujan. Cuaca dan suasana juga mendamaikan hati.

wpid 20130501 132750 eo Kisah Mandi manda Semalam di Janda Baik.

Aku sertai sukaneka.

Ada acara sukaneka ringkas antara mereka yang hadir, peserta terdiri dari campuran staff dan ahli keluarga. Sesi anak-anak dah selesai pada awal sesi. Bila sesi dewasa atau remaja purba tiba aku turut serta dalam kumpulan suami orang. Menang jugalah walaupun tidak juara.

wpid 20130501 132830 eo Kisah Mandi manda Semalam di Janda Baik.

Haq sibuk nak ikut papa bersukaneka.

Waktu aku sibuk berlari dan sertai acara Haq pun sibuk main drama nak mengikut. Mama dia tolong jaga pun kenalah tahan dia daripada masuk ke arena pertarungan yang maha hebat tersebut…hebatlah sangatkan..hehe.

wpid 20130501 142632 eo Kisah Mandi manda Semalam di Janda Baik.

Berendam sesi petang.

wpid 20130501 142637 eo Kisah Mandi manda Semalam di Janda Baik.

Masih sejuk.

Selepas solat Zohor kami turun berendam semula sebelum bersiap untuk balik. Air masih sejuk seperti pagi tadi walaupun ada kelihatan sinar matahari yang panas. Seronok dapat berendam rasanya lepas ini ingin pergi lagi sekali. Ada manifesto kepimpinan tertinggi kelab staff kolej isteriku beritahu akan ada percutian ke Cameron Highland bulan Jun ini. Wah seronoknya. Rombongan naik bas pula nanti.

wpid 20130501 160658 eo Kisah Mandi manda Semalam di Janda Baik.

Lena kepenatan.

Naik saja kereta habis sebotol susu dialah paling awal lena dan kemudian diikuti mamanya yang tidur-tidur ayam. Aku tidak terlepas juga dari rasa mengantuk sampaikan terpaksa berhenti kejap di Petronas Arah ke Bentong tersebut. Dapat lelapkan mata 15 minit lebih kurang baru aku teruskan perjalanan sampailah ke rumah.

Cuti Hari Pekerja yang seronok walaupun penat setelah sampai ke rumah.

pixel Kisah Mandi manda Semalam di Janda Baik.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads