Sabtu, 18 Mei 2013

06 di kuala lipis - Google Blog Search

06 di kuala lipis - Google Blog Search


KEMALANGAN MAUT <b>DI</b> BUKIT 7, <b>KUALA LIPIS</b>, PAHANG...

Posted: 15 May 2013 09:19 AM PDT

Aku sekarang dalam rangka lawatan kerja ke Wilayah Pahang merangkumi Daerah Raub, Kuala Lipis, Jerantut, Tembeling Tengah dan Kuantan bermula 14 hingga 18/5/2013.

Rabu, 15 Mei, 2013 jam 4 petang..Sebaik sahaja selesai menjalankan tugas-tugas pelupusan di Kawasan Sg. Temau, Kuala Lipis, Pahang, aku bersama team, meneruskan perjalanan menuju ke Kawasan Cheka, Jerantut, untuk melakukan tugas-tugas di Kawasan-kawasan yang seterusnya.
Ketika tiba di Bukit 7, jalan Kuala Lipis menghala ke Gua Musang, kira-kira jam 4 petang, pasukan kami telah bertembung dengan satu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah lori balak dengan sebuah kereta proton iswara yang dinaiki satu keluarga seramai 3 orang.yang dikatakan dalam perjalanan pulang kerumah dari KLIA selepas menunaikan umrah.di Mekah.
Pemandu kereta tersebut seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an telah meninggal dunia serta merta akibat tersepit di tempat duduk pemandu manakala isteri dan anak perempuannya cedera parah.
Pasukan bomba yang tiba lebih dahulu dari ambulan, telah mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dari dalam kereta. Pasukan perubatan yang tiba 15 minit kemudian telah membawa mangsa yang cedera parah dengan van ambulan ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan selanjutnya.   
Mayat mangsa yang dikeluarkan telah ditutupi dengan kain ihram yang dipakai oleh mangsa semasa mengerjakan umrah tempohari. 
Pemandu lori balak berketurunan India tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah menceritakan detik-detik bagaimana kemalangan itu berlaku. Menurutnya semasa kejadian, lori yang dipandunya sedang mendaki bukit yang sederhana tinggi manakala kereta Iswara tersebut pula sedang menuruni bukit dan ketika menuruninya,  kereta itu sedikit terbabas dan memasuki lorong bertentangan lalu merempuh lorinya yang sarat dengan muatan kayu balak menyebabkan ianya remuk dan meragut nyawa pemandunya.
Aku yang tiba beberapa minit kemudian telah merakam gambar-gambar kemalangan tersebut untuk dikongsi bersama para pembaca di dalam blog ini. Video kemalangan sedang diupload ke youtube dan akan di masukkan kemudian.      
Marilah kita bersama-sama membaca surah Alfatihah untuk dihadiahkan kepada Allahyarham dan didoakan semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Kepada mangsa yang cedera parah didoakan juga supaya cepat sembuh dan bersabar keatas dugaan yang diterima.
Saksikan gambar-gambar kemalangan ngeri tersebut.        

Kelihatan mayat pemandu kereta Proton iswara 
tersepit di tempat duduk pemandu...

Kejadian berlaku apabila kereta mangsa terbabas 
lalu memasuki lorong bertentangan dan merempuh lori balak... 

Keadaan kereta yang remuk dan telah meragut satu nyawa 
dan mencedera parahkan dua penumpangnya
Mangsa yang cedera parah sedang diberikan bantuan 
sementara menanti ketibaan ambulan




Keadaan jalan jem akibat kemalangan... 


Gambar menunjukkan mayat mangsa yang tersepit...
Tangki minyak kereta pecah lalu mengalir ke jalanraya... 

Mayat mangsa telah dikeluarkan dari kereta dan  
ditutupi dengan kain ihramnya serta sejadah...

Pemandu lori (baju putih) tidak mengalami sebarang kecederaan dan 
sedang memberikan keterangan kepada seorang polis. 
Menurutnya ia berpengalaman memandu lori selama 30 tahun...




Dua mangsa kecederaan telah dimasukkan kedalam ambulan 
untuk dihantar ke Hospital Kuala Lipis...

Pasukan bomba mengambil masa 20 minit untuk 
mengeluarkan mayat mangsa  dari kereta secara berhati-hati 
tanpa membuat pemotongan keatas kereta tersebut....

Keadaan jalan sesak teruk sehingga 2 kilometer...
Sehingga artikel ini disiapkan,  rakaman video yang diupload ke youtube masih belum dapat dibuat akibat line internet yang terlalu slow...Rakaman berdurasi 15 minit itu dapat menujukkan suasana di lokasi kemalangan serta kecekapan anggota keselamatan menjalankan tugas-tugas mereka. 
Insyaallah setelah pulang ke Kuala Lumpur nanti, aku akan upload segera supaya ianya dapat di kongsi bersama..

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads