06 di lanchang - Google Blog Search |
Pelajar 'wheelie' maut rempuh kereta <b>di</b> Jalan <b>Lanchang</b>-Mempaga <b>...</b> Posted: 08 May 2013 11:57 PM PDT KUANTAN - Seorang pelajar sekolah maut selepas motosikalnya merempuh sebuah kereta di Kilometer 12 Jalan Lanchang-Mempaga dekat Temerloh semalam. Iskandar Baharudin, 16, dari Felda Lakum, Lanchang mati di tempat kejadian dalam kemalangan 11.15 pagi itu. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata motosikal mangsa yang turut dibonceng rakannya ditunggang secara bahaya. "Motosikal itu dilapor secara tiba-tiba meluru keluar dari kawasan semak dalam keadaan tayarnya diangkat (wheelie) dan memasuki jalan utama di hadapan kereta terbabit. "Pemandu kereta terbabit cuba membrek namun gagal sebelum keretanya merempuh motosikal mangsa," katanya di sini hari ini. Beliau berkata rakan mangsa kemudiannya melarikan diri ke dalam semak berhampiran. Mohamed Fauzi berkata seorang lagi penungggang motosikal juga terbunuh selepas merempuh sebuah lori rosak yang diletak di bahu jalan di Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis kira-kira 8.50 malam tadi. S. Jeevananthan, 19, dari Padang Tengku, Lipis maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.- Bernama |
You are subscribed to email updates from di lanchang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen