Isnin, 20 Mei 2013

06 di pekan - Google Blog Search

06 di pekan - Google Blog Search


Penyokong Umno buang bendera KEADILAN <b>di Pekan</b>, Najib mesti <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2013 03:47 AM PDT

Bendera KEADILAN dilihat masih tergantung.

Bendera yang digantung lesap 'dicuri' penyokong BN.

(Oleh Norutul Ilham)

PEKAN 13 APRIL: Umno Pekan perlu bertanggungjawab di atas tindakan membuang bendera KEADILAN yang digantung di Simpang Paloh Hinai, Felda Chini dan Felda Chini Timur.

Bendera KEADILAN dilihat masih tergantung.

Bendera KEADILAN dilihat masih tergantung sebelum kejadian.

Calon KEADILAN bagi Parlimen itu, Fariz Musa menyifatkan perlakuan tidak berakhlak tersebut bukti Umno semakin terdesak dan hilang sikap profesional.

"Selaku Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak dan Umno Bahagian Pekan wajib bertanggungjawab terhadap tindakan tidak bermoral itu.

"Sebagai parti yang bertanding di P85 Pekan, menjadi kewajaran kepada jentera kami menjalankan kempen dengan memasang bendera di lokasi strategik.

"Malangnya tindakan tidak demokratik penyokong Umno itu mengakibatkan kerugian kerana bendera tersebut dibeli," kata Fariz pada kenyataan.

Beliau membuat laporan polis dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan telus.

Bendera yang digantung lesap 'dicuri' penyokong BN.

Bendera yang digantung lesap 'dicuri' penyokong BN.

"Jika Najib gagal mengawal ahli dan penyokong Umno Bahagian daripada tindakan sebegitu, maka wajarlah beliau menarik diri daripada menjadi calon Pekan.

"Polis perlu mengambil tindakan tanpa dwi-standard dan inisiatif lain agar tindakan 'sebodoh' itu dapat dihentikan oleh penyokong Umno yang dilihat semakin tertekan terhadap kekuatan KEADILAN dan Pakatan Rakyat menjelang PRU 13," kata Fariz. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50263

Fariz pantau pusat pengundian awal <b>di Pekan</b> esok, elak penipuan <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2013 03:53 AM PDT

(Oleh Norutul Ilham)

PEKAN 29 APRIL: Calon KEADILAN Pekan, Fariz Musa akan membuat pemantauan di semua lokasi pengundian awal dalam Parlimen itu esok bagi memastikan pengundi tentera dapat menjalankan tanggungjawab mereka tanpa rasa bimbang undi mereka diketahui pihak lain.

Ini berikutan maklumat yang diperolehinya bahawa tentera yang akan membuang undi esok dikehendaki mengisi borang identiti dan memasukkan ke dalam sampul bersama kertas undi ke dalam peti undi.

"Saya akan membuat pemantauan esok di semua lokasi pengundian awal di kawasan Parlimen Pekan bagi memastikan amalan demokrasi dilaksanakan secara adil dan profesional serta tidak melanggari hak asasi manusia.

"Saya telah mendapat informasi bahawa satu taklimat telah diadakan kepada anggota-anggota tentera pada jam 9 pagi tadi.

"Semua anggota tentera yang akan melaksanakan pengundian awal pada esok dikehendaki mengisi borang identiti dan memasukkan ke dalam sampul bersama kertas undi ke dalam peti undi," katanya pada kenyataan hari ini.

Ekoran itu, beliau mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa mereka tidak terlibat dalam perkara tersebut.

"Pihak saya telah menghubungi Pengarah SPR Negeri Pahang untuk mendapatkan kesahihan dan kepastian daripada pihak SPR adakah ianya adalah implimentasi oleh badan itu.

"SPR juga telah mengesahkan bahawa ia bukan arahan pihaknya dan menyatakan ia dilaksana oleh pihak pengurusan tertinggi kem," kata Fariz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat.

Justeru, beliau membantah dan mendesak supaya menghentikan tindakan tidak rasional itu yang disifatnya tidak menghormati sistem demokrasi negara.

"Saya membantah tindakan terhadap arahan tersebut yang akan dilaksanakan esok pagi, bertujuan menakut-nakutkan anggota tentera yang mahu melaksanakan amalan demokrasi dan kebebasan sebagai warganegara Malaysia," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51293

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads