06 di temerloh - Google Blog Search |
Lagi Berita: Saifuddin Abdullah tewas <b>di Temerloh</b> Posted: 05 May 2013 09:23 AM PDT TEMERLOH - Pakatan Rakyat (PR) meraih kemenangan mengejutkan di Temerloh dengan merampas kerusi Parlimen Temerloh, Dun Mentakab dan kekal di Dun Kuala Semantan tetapi tewas kepada Barisan Nasional (BN) di Dun Lanchang. Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menang ke atas Datuk Saifuddin Abdullah dengan majoriti 1,070. Nasrudin memperoleh 28,267 undi manakala Saifuddin Abdullah memperoleh 27,197 undi. Pas kekal di Dun Kuala Semantan dengan majoriti 2,685 undi menerusi kemenangan Syed Hamid Syed Mohamed yang mendapat 12,101 undi menewaskan Mohammad Anuar Mohd Yunus dari BN yang mendapat 9,416 Calon DAP Melayu, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji turut membuat kejutan apabila meraih 7,481 undi menewaskan penyandang Datuk Chuah Boon Seong yang mendapat 5,690 undi dengan majoriti 1,791. Bagaimanapun BN kekal di Dun Lanchang apabila calonnya Datuk Mohd Sharkar Shamsudin meraih 10,393 undi manakala lawannya Ahmad Nizam Hamid dari PKR meraih 9,266 undi dengan majoriti 1,127. "Saya ucapkan tahniah kepada @Tantawi100 yang menangi Parlimen Temerloh dengan majoriti 1,070 undi. Saya ucapkan terima kasih kepada para pengundi yang membuat pilihan," kata beliau menerusi twitter sebentar tadi. - SH Mengejutkan. |
You are subscribed to email updates from di temerloh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen