Selasa, 4 Jun 2013

06 di bentong - Google Blog Search

06 di bentong - Google Blog Search


Polis nafi kekecohan <b>di Bentong</b> ABN News | BM

Posted: 07 May 2013 01:24 AM PDT

Polis nafi kekecohan di Bentong

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohd Nor.

BENTONG — Polis Bentong menafikan khabar angin di media sosial berhubung timbul kekecohan dan tunjuk perasaan selepas pengiraan undi di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah Bentong pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Suprintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, tiada sebarang kekecohan, perarakan atau tunjuk perasaan berlaku termasuk gangguan bekalan elektrik, malah semuanya berjalan baik.

"Hanya sekumpulan kecil penyokong pembangkang yang berkumpul di seberang jalan di depan Dewan Sultan Haji Ahmad Shah sebagai menyokong kemenangan pembangkang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bilut, Ketari dan Sabai, namun mereka bersurai 15 minit kemudian," katanya.

Mohamad Mansor berkata polis mengadakan kawalan dan pemantauan yang rapi dan tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan semasa proses pengundian dan pengiraan berlangsung.

Katanya khabar angin tidak bertanggungjawab itu merupakan provokasi pihak tertentu yang cuba menjejaskan nama baik pasukan polis. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads