Sabtu, 29 Jun 2013

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Perjalanan Padang Ke <b>Bukittinggi</b> Part 2 – Nasi Padang, Air Mancur <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2013 01:46 PM PDT

999541_10151632568603050_437708139_n

MEMANDANGKAN aku hanya akan berada di sini lebih kurang dua hari saja, aku bagitahu tour guide aku, Rahmady agar memaksimumkan tempat yang akan aku singgah

selalunya tiga atau empat hari diperlukan untuk jalan-jalan di sini kerana kawasannya luas dan agak jauh dari satu tempat ke satu tempat

so Rahmady mencadangkan aku agar kami terus ke Bukittinggi sebaik saja tiba di airport, ini kerana tidak banyak 'tourist spot' di Padang berbanding di Bukittinggi dan kawasan-kawasan lain

aku mengangguk tanda setuju

seakan-akan dapat mengagak yang perut aku tengah 'berkeroncong', Rahmady membawa aku singgah di Restoran Lamun Ombak yang menjual nasi padang

8256637438_ddc4ab6663memang besar dan cantik restoran itu, tetapi yang lebih penting makanannya OK

terus terang aku katakan, lauk pauk yang dihidangkan cukup sedap dan menyerakan…dua pinggan aku belasah masa kat restoran ini

oh yea, jangan panik kalau pekerja restoran itu 'melonggokkan' lebih 20 jenis lauk pauk kat korang, biasalah nasi padang memang camtu

nasi-padang

jangan risau, korang hanya perlu bayar lauk yang korang ambil…tak perlu bayar semua yang disajikan di meja itu

selesai makan-makan, kami meneruskan perjalanan ke Bukittinggi

di pertengahan jalan, Rahmady berhenti di sebuah kawasan yang diberi nama Air Mancur Lembah Anai

P1000927

rupanya terdapat sebuah air terjun di kawasan tersebut

P1030561

sangat cantik dan mengasyikkan melihat deruan air terjun setinggi 60 meter yang terletak betul-betul di tepi jalan itu

orang tempatan mendakwa siapa yang basuh muka dengan air terjun itu, pasti wajahnya awet muda

1005574_10151632872943050_360583300_n

aku pun apa lagi, terus membasuh muka…tetapi bukan sebab nak awet muda tetapi untuk menyegarkan wajah aku yang dah letih ini

nanti aku sambung cerita kita lagi yea!

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads