Isnin, 24 Jun 2013

06 di cherating - Google Blog Search

06 di cherating - Google Blog Search


Bercuti <b>di Cherating</b>: Aktiviti Menarik? | Cuti Malaysia

Posted: 18 Jun 2013 05:00 PM PDT

Bercuti di Cherating Kuantan

Siapa pernah bercuti di Cherating mesti setuju kalau Cuti Malaysia nobatkan yang Pantai Cherating antara yang tercantik di Malaysia. Lama dah hajat hati ingin bercuti di Cherating hinggalah dapat ke sini ketika bercuti di Pantai Timur. Alang-alang singgah semalam di Cherating dan bermalam di Holiday Villa Cherating. Pantai Cherating memang tidak mengecewakan rasa tidak puas rasanya bercuti di Cherating sehari semalam.

Aktiviti ketika bercuti di Cherating Kuantan

Cherating mula dipopularkan di peringkat antarabangsa apabila Club Med Cherating membuka cawangan resort di Asia yang pertama. Sejak itu banyaklah pusat peranginan dan hotel di sepanjang pantai Cherating dibina untuk mereka yang ingin bercuti di Cherating. Pilihan memang banyak tapi pada kali ini Cuti Malaysia menginap di Holiday Villa Cherating pada kadar RM130++ semalam (KLIK SINI). Ok lah juga dengan taraf resort 4 bintang, senibina unik tradisional dan paling penting berdekatan dengan pantai yang cantik dan menenangkan. Keadaan Pantai Cherating membolehkan bermandi manda kerana keadaannya ombaknya kurang bergelora berbanding ombak di kawasan pantai timur lain yang lebih bergelora.

  • Semestinya mandi manda atau berehat di tepi pantai
  • Melawat Turtle Sanctuary
  • Makan ikan bakar
  • Makan gulai kawah
  • Makan keropok lekor dan satar di Kuala Kemaman
  • Bersarapan nasi kerabu
  • Melihat kelip-kelip di Kampung Ibok

Sebelum check in di Cherating hotel (Holiday Villa) sempat juga ke Turtle Sanctuary yang berdekatan berdekatan dengan Club Med Cherating. Best juga boleh tengok penyu life termasuk yang besar. Untuk melihat sendiri bagaimana anak-anak penyu dilepaskan ke laut dari pantai Cherating akan dikenakan bayaran.

Pemandangan ketika bercuti di Cherating Kuantan

Aktiviti penting petang Cuti Malaysia sekeluarga ialah mandi laut di Pantai Cherating. Aktiviti wajib ketika bercuti di Cherating. Pemandangan dia memang terbaik. Pasir putih, halus dan bersih. Seronok tengok budak-budak mandi laut. Penat di laut dan acara terjun ke swimming pool pula. Memang boleh imagine kenapa mat salleh tergila-gila keadaan macam ni. Menenangkan..

Waktu malam Cuti Malaysia isikan dengan pencarian restoran ikan bakar yang best dan semestinya berpatutan. Hidangan favourite mcam biasa kena ada ikan bakar, udang saiz XL masak cili, sotong masak kunyit dan ketam masak telur berlada. Restoren ikan bakar memang recommended selain dari rasa yang sedap harga pun berpatutan. Nantikan review Cuti Malaysia tentang restoren ikan bakar di Cherating.

Keesokkan harinya selepas bersarapan nasi kerabu dan nasi lemak di Restoran RC di Cherating CutiMalaysia ke Kuala Kemaman untuk membeli stok keropok lekor bila balik ke Kuala Lumpur. Kedai keropok lekor ni memang recommended oleh penduduk tempatan di sini (KLIK SINI).

Apa yang boleh Cuti Malaysia simpulkan bercuti di Cherating memang best dan menenangkan. Jom Cuti Cuti Malaysia…

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads