06 di gebeng - Google Blog Search |
cadangan lynas satu penghinaan kepada penduduk <b>gebeng</b>!!! Posted: 18 Jun 2013 09:00 AM PDT Itu kesimpulan yang SH mampu buat berhubung dengan kenyataan pihak syarikat yang didakwa menimbulkan kontroversi di Kuantan. Soal Lynas nak tarik balik saman terhadap kumpulan yang menjadikan isu pembinaan kilang tersebut sebagai modal politik boleh dianggap sebagai satu penghinaan. Mana tidaknya. Buat sekian lama, rakyat di Gebeng dan seluruh Kuantan khususnya telah dimomokkan dengan pembohongan kumpulan tersebut. Mereka sudah penat dipermainkan oleh kumpulan yang KONONnya nak memperjuangkan Alam Sekitar ni sehingga wujud perpecahan dikalangan masyarakat. Maka, sekiranya Lynas tetap jugak mahu mengambil tindakan menarik balik saman tersebut, sia - sia saja la segala usaha rakyat yang telah dibuat selama hari ini. Kita semua tahu bahawa rakyat yang berdemo sebelum ini buat bukan untuk mempertahankan kilang tersebut. Sebaliknya nak mempertahankan Kerajaan. Kerajaan yang membenarkan kilang tersebut dibina dan beroperasi. Tetapi kilang tersebut juga yang menjadi modal untuk pihak Pembangkang menghentam Kerajaan. Adakah wajar bagi kilang tersebut bertindak sedemikian terutama kepada mereka yang telah banyak berjuang demi memastikan projek tersebut dapat dijalankan? Sepanjang Pilihan Raya Umum yang lalu juga, pihak Pembangkang masih berterusan menjadikan Lynas sebagai bahan untuk mereka berpolitik. Mereka menuduh Lynas telah mencuri air penduduk - penduduk disekitar Kuantan sehingga berlaku gangguan yang berpanjangan. Pun Lynas masih nak berdiam diri? Adalah dinasihatkan kepada syarikat tersebut agar tidak bertindak sebarangan. Disebabkan sifat lembut sedemikian lah yang menyebabkan kilang tu dijadikan bahan modal. Jadi sekarang, jangan pulak diorang nak buat tindakan yang hanya akan menyusahkan orang lain. Kalau nak saman tu, saman je. Orang dah tabur fitnah pun diorang masih nak berlembut lagi apa kejadahnya!!!
|
You are subscribed to email updates from di gebeng - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen