Ahad, 23 Jun 2013

06 di jerantut - Google Blog Search

06 di jerantut - Google Blog Search


Program KABB BPA <b>di Jerantut</b> dapat sambutan menggalakkan <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2013 02:04 PM PDT

Posted on June 20, 2013, Thursday

JERANTUT: Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang yang berlangsung di Dataran Majlis Daerah Jerantut semalam mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 500 pengunjung.

Penolong Pengarah BPA Pahang Rosnani Ismail berkata sejumlah 20 kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan menyertai program itu, antaranya Tenaga Nasional Berhad, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pejabat Tanah dan Daerah Jerantut serta Jabatan Pendaftaran Negara Pahang.

"Program KABB ini merupakan satu daripada program proaktif BPA bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi kerajaan," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, program itu kali pertama diadakan di daerah ini dan sambutannya di luar jangkaan walaupun dijalankan pada waktu bekerja iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 2 petang.

Katanya, aduan yang diterima daripada orang ramai di setiap kaunter akan dikumpulkan selepas program itu berakhir petang ini dan diteliti satu persatu sebelum sebarang tindakan diambil.

"Aduan yang boleh kita selesaikan di kaunter seperti memberikan khidmat nasihat dan sebagainya kita selesaikan hari ini juga, manakala aduan lain akan kita teliti dan perincikan," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads