Isnin, 24 Jun 2013

06 di jerantut - Google Blog Search

06 di jerantut - Google Blog Search


Pahang Daily Online: Kerajaan <b>Di</b> Gesa Terus Projek Jalan <b>Jerantut</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2013 09:54 PM PDT

JERANTUT - Kerajaan diminta meneruskan projek pembinaan Jalan Jerantut-Benta di sini yang terbengkalai bagi memastikan pengguna jalan raya mendapat kemudahan selesa. Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris (foto) berkata, pengguna jalan tersebut kini berdepan risiko kemalangan ekoran keadaan jambatan sedia ada di kawasan itu bukan sahaja sempit malah tidak lagi selamat digunakan. "Kita harap supaya pihak berkenaan dapat melaksanakan semula pembinaan jalan yang terbengkalai itu kerana keadaan jalan lama tersebut tidak lagi selamat digunakan dan boleh mengundang musibah pada bila-bila masa sahaja. "Di sini juga terdapat projek pembinaan jambatan yang lebih besar, kukuh dan mampu memberi keselamatan kepada pengguna namun turut terbengkalai," katanya kepada pemberita semasa membuat tinjauan laluan tersebut berhampiran Sungai Par di sini baru-baru ini. Ahmad Nazlan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai yang mengatakan kawasan berkenaan terlalu bahaya kerana menjadi laluan kenderaan berat. "Kami telah turun padang untuk melihat sendiri keadaan jalan di kawasan ini pada waktu siang serta malam dan ternyata aduan daripada orang ramai adalah benar serta sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya," ujarnya. Beliau berkata, jarak selisih antara dua kenderaan dari kedua-dua arah sangat sempit dan situasi ini berbahaya kepada orang ramai.

Tambahnya, keadaan Jalan Jerantut-Benta berhampiran Jambatan Sungai Par mempunyai selekoh tajam selain keadaan jambatan sedia ada yang sudah mengalami hakisan. "Ini perkara serius kerana melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan jika projek yang terbengkalai itu kembali dilaksanakan sudah pasti orang ramai akan berasa lega dan tidak perlu bimbang lagi untuk melalui jalan itu," katanya. Harap kerajaan lakukan tindakan segera mengatasi masalah ini.#sumber

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads