Ahad, 9 Jun 2013

06 di maran - Google Blog Search

06 di maran - Google Blog Search


Pahang Daily Online: <b>Maran</b>: Banjir, 49 Keluarga Terpaksa <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2013 03:36 AM PDT

MARAN - Hujan tanpa henti sejak 6 petang kelmarin menyebabkan air naik mendadak dan memasuki kediaman hingga memaksa 231 penduduk daripada 49 keluarga di Kampung Paya Chedung dan Berkat Tiga, dekat sini, dipindahkan ke dua pusat pemindahan. Operasi pemindahan dilakukan secara berperingkat bermula jam 11.30 malam sehingga jam 2.30 pagi dengan kerjasama PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Daerah Maran (MDM) dan penduduk kampung. Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Datuk Fadzilla Salleh berkata, daripada jumlah itu, seramai 208 penduduk membabitkan 43 keluarga dari Kampung Paya Chedung ditempatkan di Dewan Perpaduan Maran. Menurutnya, enam keluarga lagi dari Kampung Berkat Tiga yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Berkat yang menjadi pusat pemindahan pertama dibuka pada jam 11.30 malam. "Operasi memindahkan penduduk menggunakan dua bot, satu dari jabatan bomba, manakala satu lagi bot penduduk kampung serta dua kenderaan dari MDM. JKM pula sediakan 49 tikar dan difahamkan, sarapan pagi serta tengah hari disumbangkan Adun Luit (Nurhidayah Mohamad Shahaimi) dan Ahli Parlimen Maran (Datuk Ismail Abdul Muttalib). "Bagaimanapun, semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air kembali surut dan kedua-dua pusat pemindahan ditutup pada jam 10 pagi semalam," katanya ketika melawat kawasan banjir kilat pada malam kejadian (kelmarin). Fadzilla berkata, Kampung Paya Chedung merupakan penempatan rendah berisiko dinaiki air sekiranya hujan tanpa henti melebihi lima jam. Menurutnya, pihaknya akan meneliti semula untuk tindakan lanjut kerana beberapa usaha dilakukan sebelum ini bagi mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan itu, namun perkara sama tetap berulang. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads