Sabtu, 22 Jun 2013

06 di pekan - Google Blog Search

06 di pekan - Google Blog Search


Mercedes-Benz melabur RM100 juta lagi <b>di Pekan</b> - Utusan Online

Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT

PEKAN 16 Jun - Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd., yang menyambut ulang tahunnya yang ke-10, melabur RM100 juta lagi untuk menaik taraf kilang pemasangannya di sini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Naib Presiden (Kilang Produk), Sebastian Streuff berkata, pelaburan berkenaan, yang akan bermula tahun ini, seiring dengan pengenalan model baharu dan akan bersedia ke arah memajukan kilang untuk memenuhi tambahan ini.

Menurutnya, Mercedes-Benz Malaysia telah melabur kira-kira RM250 juta di kilang berkenaan sejak 2004, dan RM230 juta bagi aktiviti lain merangkumi pengedaran, pemasaran dan perkhidmatan jenama tersebut di negara ini.

''Sejak 10 tahun lalu, Malaysia dan terutama Taman Automotif di Pekan, telah terbukti sebagai lokasi ideal bagi kilang kami.

''Dengan prasarana dan adanya rakan kongsi pengilangan yang sesuai di Pekan, kami telah berjaya menjadikan kilang Mercedes-Benz sebagai hab pemasangan kami bagi pasaran Malaysia," kata Streuff kepada pemberita semasa melawat kilang itu di sini kelmarin.

Pada masa ini, kata Streuff, kilang memasang kenderaan penumpang Mercedes-Benz S-Class, E-Class dan C-Class yang merupakan model terlaris di negara ini.

Terletak 300 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer selatan Kuantan, kilang itu juga memasang kenderaan komersial Mercedes-Benz dan Mitsubishi FUSO di kawasan seluas 339,000 meter persegi yang terletak secara strategik dengan rakan pembuatan bersesuaian seperti DRB-Hicom dan Suzuki.

Streuff berkata, sejak ditubuhkan di Kawasan Perindustrian Peramu Jaya di Pekan pada 2005, Mercedes-Benz Malaysia meningkatkan keluarannya dengan kukuh bagi memenuhi permintaan pasaran.

Menurutnya, sehingga April 2013, kilang tersebut mengeluarkan 29,084 kenderaan penumpang dan 15,174 kenderaan komersial.

Syarikat berkenaan, yang mempunyai 1,200 pekerja, menubuhkan kilangnya untuk menjadi hab pemasangan bagi pasaran Malaysia.

Di rantau ASEAN, selain Malaysia, Mercedes-Benz juga mempunyai kilang pemasangan di Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Ditanya mengenai strategi Mercedes-Benz yang berbeza dengan syarikat kereta lain iaitu sekadar membina kilang pemasangan di sebuah negara ASEAN sahaja, Streuff berkata, walaupun Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) sudah dikuatkuasakan tetapi masih ada halangan bukan tarif iaitu peraturan percukaian.

''Misalnya di Malaysia, terdapat duti eksais yang tidak mewajarkan kami untuk menumpukan aktiviti pemasangan kami di sesebuah negara. Dengan memiliki operasi pemasangan di Malaysia, kami bebas daripada tekanan cukai seumpamanya," ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads