Selasa, 4 Jun 2013

06 di temerloh - Google Blog Search

06 di temerloh - Google Blog Search


Pengedar Shaklee <b>di</b> Bera,Triang,<b>Temerloh</b> dan kawasan sekitar <b>...</b>

Posted: 29 May 2013 12:01 PM PDT

 Alhamdulillah.

Orang-orang Bera jangan susah hati..orang-orang Temerloh jangan risau. Shaklee makin dekat di hati anda. Bagi mereka yang berada di sekitar Bera,Triang,Temerloh dan kawasan sekitar yang berhampiran boleh dapatkan Shaklee dengan harga istimewa daripada Pengedar Sah kami : 




Pengedar Shaklee Timur
Pahang( Triang, Bera, Temerloh )

#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Munirah Hazam
Pengedar Shaklee Utara dan Malaysia - Kedah (Sungai Petani, Gurun, Jeniang, Bukit Selambau, Kuala Ketil)
Email : munirah.hazam at gmail.com
Sms/Whatsapp : 019-5768 456
Page : Munirah Hazam
FB : Munirah Hazam

..MeNjaDi DiRiku..: Ke <b>Temerloh</b> untuk Kajian PRU-13 Anjuran <b>...</b>

Posted: 30 May 2013 05:05 AM PDT

Assalamualaikum..
 

Alhamdulillah.. minggu ke-14 ditamatkan dengan mengikuti satu trip ke Temerloh, Pahang untuk satu program iaitu kajian terhadap Pilihanrara Umum Malaysia ke 13 di Temerloh Pahang..

Umum sudah maklum bahawa pilihanraya kali ini menyaksikan ADUN Temerloh, YB DAto' SAifuddin Abdullah telah tewas bertanding di kerusi untuk parlimen tersebut dan jatuh ke tangan pembangkang, ADUN PAS, Hj. Nasruddin Hassan Tantawi..

Kenapa Temerloh?

Menurut Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, yang juga Pengerusi UMCEDEL, Prof. Dato' Dr. Redzuan Othman, antara tujuan kajian di Temerloh dibuat adalah kerana faktor sejarah, demografi dan geografinya, di mana di Temerloh juga suatu ketika dahulu merupakan permulaan kepada kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu, Temerloh juga menjadi pusat pengkalan kegiatan Rejimen ke -10 di bawah naungan Parti Komunis Malaya, merupakan tanah kelahiran tokoh nasionalis terkenal seperti Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako) yang kebetulannya, Pahang merupakan tempat kelahiran Prof Redzuan sendiri.

Yang menarik minat UMCEDEL untuk mengkaji tentang pilihanraya di Temerloh juga adalah kerana untuk PRU kali ini, penduduk FELDA secara khususnya sudah mula berpihak kepada Pakatan Rakyat, menyebabkan DAto' SAifuddin gagal mempertahankan kedudukannya di situ. Jadi kami perlukan hasil kajian yang lebih teliti dan diyakini apakan punca sebenar berlakunya situasi tersebut.

Tiga kawasan daerah utama yang menjadi fokus kajian kami bermula esok hingga Sabtu ini adalah di Mentakab, Lanchang dan Kuala Semantan. In shaa Allah esok kami akan berkonvoi dengan kereta yang dipandu oleh team UMCEDEL sendiri yang juga merupakan senior saya di FSSS. Syukurlah sebab kami bertiga iaitu saya, Syima dan Laila ditempatkan di satu kawasan yang sama iaitu Mentakab.

Mulanya tak terfikir pun untuk join program macam ni.. Tapi saya dan Laila diajak ke sana oleh Syima untuk menemaninya ke sana, sebab dia tak kenal sesiapa dalam UMCEDEL tu.. Kisahnya, Syima mengusulkan untuk membuat kajian tesis berkenaan dengan poltik dan pilihanraya yang terkini bermula semester depan, dan usulnya diterima baik oleh Prof Dekan yang sekali gus secara automatiknya menjadi penasihatnya untuk penulisan tesis tu, kebetulan pula kajian tentang itu diadakan di Temerloh, jadi Prof Redzuan terus masukkan nama Syima untuk ikut ke kajian tersebut.. Tahniah ye cik Syima..

So, dah alang-alang Syima mengajak, kebetulan UMCEDEL memang sedang mencari numerator utk kajian mereka, saya dan Laila terima ajakan ni dengan tangan terbuka.. Bukan senang dapat timba pengalaman macam tu.. Dan ini pertama kali saya akan jejakkan kaki ke Temerloh, kebetulan kampung halaman Syima di siti juga.. Alhamdulillah, tercapai matlamat saya untuk luaskan pandangan di tempat baru.. Gitulah ceritanya..

Harap program macam ni dapat menambah pengetahuan, di samping mengisi masa dengan lebih berkualiti.. waktu-waktu macam ni memang elok sangatlah melangkah keluar kejap dari ibu kota, terperap lama-lama pun boleh blank kepala dibuatnya..

Doakan semoga perjalanan kami selamat dalam lindungan Allah.. semoga selamat sampai.. Nanti saya kongsikan lagi ye.. Maassalam..

p/s: penangan menulis assignment.. habis dah dengan post-post ni skema jadinya.. hahaha..

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads