06 di beserah - Google Blog Search |
:: cina islam | 2013 ::: Pejuang anti Lynas jadi calon PAS <b>di Beserah</b> Posted: 07 Apr 2013 11:47 PM PDT 27 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - (Andansura menyerahkan memo kepada pejabat MB Pahang mengenai Lynas sebelum ini) KUANTAN: PAS meletakkan aktivis masyarakat yang menentang kilang Lynas di Gebeng, Andansura Rabu sebagai calonnya di kerusi N 12 Beserah. Pengumuman tentangnya itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam program Himpunan Rakyat di Indera Sempurna malam tadi. Andansura (gambar) adalah Pengerusi Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) juga Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Indera mahkota. Beliau akan menggantikan calon PAS yang menang dalam pilihan raya 2008 lalu, Syed Mohamad. "Saya menerima pemilihan ini sebagai satu amanah dan kita sudah bersedia untuk bertempur," kata Andansura kepada Harakahdaily. Beliau menjanji akan menjadikan isu Lynas yang ditentang penduduk tempatan Beserah ini sebagai isu utama. "Kita telah berusaha ke peringkat tertinggi untuk menyekat kilang ini iaitu sehingga ke Mahkamah Persekutuan. "Kini kita akan menggunakan medan politik pula," kata Adansura. |
You are subscribed to email updates from di beserah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen