Khamis, 25 Julai 2013

06 di janda baik - Google Blog Search

06 di janda baik - Google Blog Search


…. sambungan <b>di Janda Baik</b> | Blog Maya Dot Com

Posted: 09 Jun 2013 11:00 PM PDT

dari bawah jambatan saya cakap kat depa jom lah pegi depan depan chalet tu.
cantik dan best sikit nak mandi.
tapi sini memang banyak batu lah.
setakat nak rendam rendam badan sokayy je.
saya pun sama masuk dalam air.
sebab kesian pulak kat depa.
encik z membuta dalam bilik.
dia tak turun mandi langsung.
pelik pulak.
tapi saya tidak lah mandi beria.
takat masuk rendam tara tara pinggang je.
sapa yang dapat chalet depan depan sungai tu untunglaaa.
DSCN1070
DSCN1072
: : nampak perut! : :
DSCN1074
: : anak anak gembira : :
DSCN1073
: : omak eh kenapa? termenung mengenang nasib diri kah? : :
air sungai ni laju tau. so korang jangan la terlepas selipar ke bola ke.
memang sekejapan je la hanyut.
dan budak budak memang kena pantau.
air laju. pastu batu batu pun licin. bahaya kalau biar.
DSCN1077
pukul 11 pagi ajak semua naik.
sebab kul 12 tengah hari nak check out dah.
kena la hormat timing resort kan.
lepas mandi sungai harus semua melapar.
so sambung makan kek red velvet semalam.
elok molek tak basi ke apa. mungkin sebab cuaca sejuk kot.
lagi pula kek ini memang setap! (Y)
DSCN1078
FSCN1080<
: : dah pandai haa dedua : :

: : ni kira belah belakang chalet la. sungai tu yang kitorang mandi tu : :
seluar yang saya pakai tu beli kat scarlet plus.
matiklaaa dah gemok gedempol kena pakai yang plus sudahnya.
saiz 18 kot tak silap. yang penting murah!
lepas diskaun tinggal RM18 je.
pakal la ada satu warna je. kalau banyak warna wajib saya sesah semua.
selesa sangat seluar ni. ngam ngam cover pinggul saya yang dah melebau ini.
DSCN1086
: : cici aka baqish aka qish qish aka adik. amboiii banyak nau nama awok? : :
DSCN1089
: : sayang semua!!!! muahsss : :
depan office ada kandang rabbit.
ah sementara mommy nak pulangkan duit, layan lah dulu rabbit ni.
eh caca mana?
DSCN1093
DSCN1091
: : caca pencinta kucing : :
DSCN1092
: : macam cover album hik hik hik. yang penting pakai baju i love labuan k : :
ok dah pulang kunci apa semua, jom gerakkkk.
barang penuh kat belakang, lalu yaya terpaksa la berkorban duduk kat tetengah.
sib baik bawak alza. kalau bawak saga? mau tercicir barang tetengah jalan.
tq abang long pinjamkan alza!
DSCN1103
dari janda baik tak terus balik KL.
singgah kat area goh tong. lunch kat restoran pelangi.
adil la ajak lunch sini.
adil still keje kat genting yer kawan-kawan.
hujung tahun kot baru ke projek kat terengganu sana.
makan nasi ayam. nasi ayam ia sedap gila ok!!! sedap yang eh sedap laahh.
so korang kalau nak pegi genting highlands, singgah la makan nasi ayam kat restoran pelangi ni.
restoran ni dedekat hotel seri malaysia.
order fresh orange. fresh orange ia pun sedapppp.
manis dan fresh.
gabungan nasi ayam dan fresh orange, memang kababom meletup.
DSCN1104
DSCN1105
dah kenyang perut, gerak ke rumah adil kat genting permai resort.
budak-budak request nak mandi kolam pulak dahh.
aah pegi lah. ayah tolong uruskan.
mommy ngantuk nak tidur ini.
DSCN1106
: : nampak tak depa? : :
masa depa semua kat bawah, saya sensorang je dalam rumah.
rasa seram sejuk plak bulu roma.
kesian pulak tengok adil duduk situ sorang-sorang.
kawan kawan dia yang lain semua dah ke terengganu sana.
area situ sunyi. tak ramai orang duduk pun.
kebanyakan cam jadikan homestay je.
tinggalkan mama, kaklong, caca & cici kat rumah adil.
saya, encik z & yaya gerak balik jasmine.
rupa rupa memang 'sesuatu' la rumah tu.
lagi la double kesian saya pada adil.
mama dengan kaklong cerita pengalaman 3 malam kena usik.
huhuhuhuwaaaaaaaaaa….

SuperMom: Update <b>Dari Janda Baik</b>

Posted: 24 Jun 2013 05:44 PM PDT

Hello!!
Alhamdulillah masih ada udara yang segar di bumi Allah swt ni. Syukur juga sebab di saat ibukota diserang jerebu, kami sekeluarga dapat menghirup udara segar disini. Tak lah sesegar mana sebab dari arah Genting Sempah masih berbau jerebu yang kuat.Tapi masih segar di Cheringin Hill .
Ni lah hikmah ikut suami berkursus di Janda Baik. Mula mula aku tak nak ikut tapi akhirnya akur bila tengok keadaan semakin teruk. Harap rakan rakan jaga diri. Kalau mampu beli sahaja penapis udara. Kalau tak mampu beli lah topeng muka.
Petang semalam hujan renyai renyai turun di sini. Ini orang kata rezeki. Saat org tgh susah bertarung udara segar, kami menjadi insan terpilih untuk terus mendapat udara bersih. Ya! Rezeki bukan hanya duit. Rezeki banyak cabangnya. Ampunkan kami Ya Allah kerana lalai dan selalu merungut :(

Pertama Kali ke Cherengin Hills,<b>Janda Baik</b> | FaizalAnuar ™

Posted: 08 Jul 2013 05:30 PM PDT

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Agak keliru juga untuk mencari jalan ke Janda Baik,Pahang.Nasib baik tak terlepas naik ke kaki Genting Highlands selepas melalui Hentian Genting Sempah.Perjalanan bermula melalui MRR2 dan memasuki Lebuhraya Karak.Kami sekeluarga behenti sebentar di Hentian Genting Sempah untuk makan tengah hari.

Laluan sepanjang ke Cherengin Hills Convention & Spa Resort Janda Baik,Pahang agak mencabar jalan kampung dan apabila berselesih dengan kenderaan lain perlu berhati-hati kerana laluan sempit.Ada sekali dua berselisih dengan bas perghh cuak juga takut bercalar kereta.

Kami sampai lebih kurang 2 jam 30 minit masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Janda Baik.Kalau ditakdirkan bertolak malam memang aku tak beranilah disebabkan lampu jalan yang kurang banyak dan laluan yang sempit.


Gambar yang sempat aku ambil tak berapa banyak sebab Damia nak dukung sahaja bila keluar.Nak menghirup udara segar kot.Bagi aku Resort ini memang memang sesuai untuk pengunjung yang cintakan persekitaran kehijauan dan nak lari dari hiruk pikuk di kota Kuala Lumpur.Sejuk sahaja apabila melihat pokok-pokok yang menghijau.Tempat ini juga sesuai untuk syarikat atau orang perseorangan yang ingin mengadakan seminar atau aktiviti gathering ke.





Terdapat 3 jenis bilik iaitu Superior,Deluxe dan Executive Suite.Rate harga semalam pun boleh tahanlah taklah terlampau mahal berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.Jika korang berminat bolehlah layari www.cherenginhills.com

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads