Rabu, 10 Julai 2013

06 di jerantut - Google Blog Search

06 di jerantut - Google Blog Search


WZWH: Koperasi Pemuda UMNO <b>Jerantut</b> Berminat Mahu Bina <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2013 08:47 AM PDT

Ini micro hydro power 20 kW.

Ini micro hydro power 200-400 kW.
Turbin Type : Turbo Propeller
Diameter : 1000 mm
Qty : 2 unit
Head : 7 meter
Debit : 7000 l/detik untuk 2 unit turbin
Out Put : 2 x 200 kW - Out Put Final 440 kW

Sistem micro hydro power akan diperkenalkan di kampung-kampung terpencil di Malaysia dalam usaha membekalkan elektrik kepada penduduk pedalaman.
Menteri KKLW DS Shafie Afdal berkata projek itu akan dilaksanakan tahun depan melalui peruntukan kerajaan dengan penyertaan penduduk tempatan sebagai pemegang saham yang akan mengurus dan mengoperasi stesyen janakuasa.
Konsep membekalkan elektrik ke kawasan pedalaman berdasarkan teknologi mudah dan penglibatan masyarakat melalui koperasi terbukti berjaya mengurangkan kos operasi.
Ini berdasarkan pemerhatian lawatan Menteri KKLW ke Stesyen micro hydro power di Kampung Cinta Mekar, Subang, Jawa Barat.
DS Shafie Afdal yakin sistem pembekalan elektrik micro hydro memberi kebaikan kepada penduduk pedalaman yang mempunyai banyak sungai terutama di Sarawak dan Sabah.
Stesyen-stesyen micro hidro power yang akan diperkenal di Malaysia dijangka memberi manfaat kepada 47 kampung di Sarawak dan 29 kampung di Sabah.
Setiap stesyen janakuasa boleh menghasilkan kapasiti 200 kilowatt yang boleh membekal elektrik kepada 400 buah rumah.
Koperasi Pemuda UMNO Jerantut berminat mahu bina micro hydro power di pedalaman Pahang kerana banyak sungai dan anak sungai yang boleh membekalkan elektrik dengan lebih murah.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads