06 di maran - Google Blog Search |
Surau Lama Usia 53 Tahun Hangus Terbakar <b>Di Maran</b> Posted: 26 Jul 2013 12:00 AM PDT MARAN - Sebuah surau berusia hampir 53 tahun di Kampung Bukit Batu Senggora dekat sini hangus terbakar ketika hujan lebat pada kira-kira jam 7.45 malam, kelmarin. Seorang penduduk, Mohd Fahizan Mohd Padzir, 38, berkata, kejadian itu hanya disedarinya apabila secara kebetulan dia keluar dari rumahnya yang berdekatan surau berkenaan selepas berbuka puasa. Menurutnya, keseluruhan surau kayu itu musnah walaupun hujan lebat ketika kejadian. "Ketika saya keluar, saya terkejut melihat surau ini hangus dan hanya tinggal bahagian atap tengah sedang terbakar. "Tiada bau hangit tanda-tanda sesuatu terbakar kerana hujan lebat diselangi petir dan kilat. "Malah tiada apa yang dapat diselamatkan dan saya segera menghubungi pihak bomba dan memaklumkan kejadian tersebut," katanya. Mohd Fahizan berkata, secara kebetulan pada masa kejadian, tiada penduduk ke surau itu seperti kebiasaan kerana hujan dan berbuka puasa di rumah sahaja. Menurutnya, tidak dinafikan surau itu masih menggunakan pendawaian elektrik lama namun tetap berfungsi sebagai rumah ibadat pilihan penduduk berdekatan sejak dahulu lagi. "Kami difahamkan, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas dan bukan disebabkan perbuatan khianat. "Satu majlis berbuka puasa yang dijadualkan pada 1 Ogos ini di surau ini bersama pemimpin setempat terpaksa dibatalkan," katanya. Adun Luit, Nur Hidayah Mohd Shahaimi turut turun padang ke lokasi kejadian. Beliau memaklumkan akan mengambil tindakan susulan dan akan segera mohon peruntukkan untuk bina surau baru di kawasan itu. #sumber |
You are subscribed to email updates from di maran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen