Sabtu, 13 Julai 2013

06 di pekan - Google Blog Search

06 di pekan - Google Blog Search


Mercedes-Benz Labur RM100 Juta Lagi Untuk Kilang <b>Di Pekan</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2013 01:47 PM PDT

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, yang menyambut ulang tahunnya yang ke-10, melabur RM100 juta lagi untuk menaik taraf kilang pemasangannya di Pekan, Pahang dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Pelaburan berkenaan, yang akan bermula tahun ini, seiring dengan pengenalan model baharu dan akan bersedia ke arah memajukan kilang untuk memenuhi tambahan ini.

"Pada masa ini, kilang memasang kenderaan penumpang Mercedes-Benz S-Class, E-Class dan C-Class," Naib Presiden Kilang Produk Sebastian Streuff memberitahu pemberita demikian semasa melawat kilang itu di sini Jumaat.

Sejak 2004, syarikat melabur kira-kira RM250 juta di kilang berkenaan.

Terletak 300 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer selatan Kuantan, kilang itu juga memasang kenderaan komersial Mercedes-Benz dan Mitsubishi FUSO.

Streuff berkata sejak ditubuhkan di Pekan pada 2005, Mercedes-Benz Malaysia meningkatkan keluarannya dengan kukuh bagi memenuhi permintaan pasaran.

Sehingga April 2013, kilang mengeluarkan 29,084 kenderaan penumpang dan 15,174 kenderaan komersial, katanya.

Terletak di Taman Automotif di Pekan, kilang berkenaan terletak secara strategik dengan infrastruktur dan rakan pembuatan bersesuaian seperti DRB-Hicom dan Suzuki.

Syarikat berkenaan, yang mempunyai 1,200 pekerja, menubuhkan kilangnya untuk menjadi hab pemasangan bagi pasaran Malaysia.

Selain Malaysia, Mercedes-Benz juga mempunyai kilang di Brunei, Singapura dan Indonesia.

– BERNAMA

Penduduk Tertekan Masalah Air <b>Di Pekan</b> - Najib Sila Bantu. - Sozcyili

Posted: 10 Jul 2013 11:42 PM PDT

Penduduk mengalami masalah gangguan bekalan air sejak beberapa bulan lalu semakin kritikal sehingga mengganggu rutin harian.

Penduduk dari Felcra Sri  Makmur  Peringkat Satu, Zulkifli Mohd Nordin, 57, berkata, masalah gangguan bekalan air di kawasan itu telah dilaporkan kepada pihak berkaitan, namun masih tiada tindakan penyelesaian dilakukan.

Menurutnya, dia dan jiran terpaksa menadah air di dalam baldi dan tong bagi menampung kegunaan isi rumah berikutan masalah berkenaan.

"Ada masa penduduk dapat bekalan air namun tekanannya amat rendah dan dalam tempoh dua bulan ini keadaan semakin kritikal apabila penduduk mengadu tidak mendapat bekalan air yang cukup.

"Keadaan sukar ini semakin dirasai apatah lagi kini Ramadan," katanya.

Katanya, mereka sukar menyediakan makanan untuk bersahur disebabkan bekalan air bersih yang tidak mencukupi.


Ingatkan di Selangor jek ada masalah air. Rupanya kat Pekan, Pahang pun ada juga. Harap2 TV3 masukkan dalam berita mereka la. Sebab penduduk di kawasan tersebut dah lakukan macam2 perkara agar masalah air di kawasan mereka dapat diselesaikan tapi tak selesai2 juga.

Ingatkan duduk di kawasan yang Najib jadi WAKIL RAKYATnya, takde masalah. Rupanya 2 x 5 juga. PM ka tak PM ka, tetap tak jaga kawasan rupanya.

Hehe. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads