Sabtu, 13 Julai 2013

06 di rompin - Google Blog Search

06 di rompin - Google Blog Search


Air Terputus Seminggu, Peneroka Protes <b>Di Rompin</b> - Pahang Daily <b>...</b>

Posted: 30 May 2013 08:11 PM PDT

[Penduduk Felda Selancar 2, 3 dan 4 dekat Rompin berang sekali gus mengadakan protes di tepi Sungai Selancar, kerana terputus bekalan air tanpa notis atau makluman sejak minggu lalu hingga menjejaskan rutin harian mereka. Lebih menyedihkan apabila masalah yang berlaku sejak November 2012 itu masih tiada penyelesaian sehingga kini. Peneroka Felda Selancar 2, Rosmi Dollah, 58, berkata, kini masalah air sudah berlarutan selama lima hari sekali gus menyebabkan penduduk terpaksa mendapatkan sumber air untuk mandi dari Sungai Selancar kira-kira empat kilometer (km) dari bandar Rompin. Menurutnya, masalah air yang berlarutan ini amat menyusahkan penduduk kerana mereka perlu mendapatkan sumber air di lokasi yang jauh serta diragui tahap kebersihannya. "Bagi air untuk minum dan memasak pula, kami dapatkan dari perigi di ladang milik seorang peneroka di sini. "Bila-bila masa sahaja kami berisiko terkena jangkitan kuman kerana terpaksa guna air yang kurang bersih tetapi nak buat macam mana, ini sahaja cara untuk kami dapatkan bekalan air," katanya. Aduan sudah dikemukakan kepada pihak Pengurusan Air Pahang (PAIP), bagaimanapun sehingga kini masih tiada lori tangki air dihantar ke sini bagi membantu penduduk mendapatkan bekalan air. "Kami ada nampak kakitangan PAIP datang ke sini tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa kepada penduduk dan masalah ini juga tidak pernah selesai sehingga kini. "Pihak PAIP hanya hantar lori tangki air di Felda Selancar 5 sahaja, tetapi penduduk di Felda Selancar 2, 3 dan 4 tidak terima bekalan tersebut," katanya kepada ketika ditemui media]. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads