Sabtu, 31 Ogos 2013

06 di bera pahang - Google Blog Search

06 di bera pahang - Google Blog Search


Enam Premis Perniagaan Sekitar Bandar <b>Bera Di</b> Serbu

Posted: 04 Aug 2013 08:11 PM PDT

BERA - Lagi enam premis perniagaan di sekitar Bandar Bera diserbu dan beberapa aset pengusaha disita Majlis Daerah Bera (MDB) berikutan gagal menjelaskan tunggakan cukai. Yang Dipertua MDB, Datuk A Rahman Hamzah berkata, jumlah keseluruhan tunggakan cukai taksiran itu lebih RM24,000 sejak dari tahun 2002 lagi. Menurutnya, pemilik diberi tempoh tujuh hari untuk menjelaskan tunggakan tersebut atau aset yangdisita akan dilelong jika gagal berbuat demikian. "MDB telah memberikan Notis E kepada pemilik yang meminta mereka membayar tunggakan dalam tempoh 15 hari. "Tetapi kegagalan mereka berbuat demikian menyebabkan kita terpaksa bertindak menyita beberapa peralatan mengikut jumlah tunggakan cukai taksiran masing-masing," katanya. Operasi Sitaan Cukai Taksiran diketuai Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Azhar Abdul Rafar ini adalah yang kedua dilaksanakan selepas bertindak tegas terhadap pemilik degil di sekitar Triang bulan lalu. A Rahman berkata, tindakan ini dilaksanakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 171, Seksyen 148 yang membenarkan pihaknya bertindak menyita barang di dalam premis berkenaan. Katanya, salah satu premis yang diserbu itu tidak menjelaskan tunggakan dari tahun 2002 hingga sekarang yang kini sudah mencecah hampir RM10,000. "Ada juga kes pemilik gagal membayar cukai taksiran sedangkan premis itu disewa pengusaha dibenarkan membayar sewa bulan secara terus kepada MDB. "Secara tidak langsung, pemilik tidak boleh lari tanggungjawab mereka dan sekali gus tunggakan cukai taksiran pemilik premis berkurangan," kata beliau. Difahamkan, tindakan MDB menyita lima premis di Triang sebelum ini berjaya apabila semua pemiliknya membuat pembayaran keseluruhannya walaupun ada yang telah buat bayaran secara ansuran. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads