Selasa, 6 Ogos 2013

06 di bera pahang - Google Blog Search

06 di bera pahang - Google Blog Search


<b>Pahang</b> Daily Online: Peneroka Felda <b>Di Bera</b> Fobia Masalah Air <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2013 05:11 AM PDT

BERA - Perbadanan Bekalan Air Pahang (PAIP) diminta mengatasi krisis bekalan air yang sering berlaku semasa sambutan Aidilfitri di tanah rancangan Felda di negeri ini. Timbalan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Felda Wilayah Pahang Barat Mansor Hashim berkata krisis bekalan air berlaku ekoran pengunaan air meningkat apabila penghuni dan keluarga peneroka yang berada di luar tanah rancangan pulang berhari raya. "Kebiasaannya sebahagian besar keluarga daripada 36 tanah rancangan Felda di wilayah ini yang mempunyai kira-kira 16,000 peneroka akan terputus bekalan air pada hari raya. "Lazimnya masalah air berlaku pada musim perayaan disebabkan paip pecah atau loji bekalan air mengalami kerosakan manakala di sesetengah tanah rancangan pula bekalan air terus terputus hingga berminggu-minggu lamanya," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Sehubungan itu beliau mencadangkan PAIP menyediakan lori tangki atau tong besar di setiap tanah rancangan yang sering menghadapi masalah bekalan air pada hari raya untuk atasi masalah berkenaan.

Adakah isu air peneroka di Bera tahun 2010 ini berulang lagi agaknya

Sementara itu, Timbalan Naib Pengerusi JKKR Wilayah Jengka Sulaiman Bakar menasihatkan peneroka di gugusan itu supaya menyimpan bekalan air mencukupi bagi mengelak putus bekalan air pada Aidilfitri. Ini kerana katanya masalah putus bekalan air di kawasan berkenaan boleh berlarutan hingga berminggu-minggu berikutan pekerja PAIP bercuti pada hari raya. Dalam pada itu, tinjauan di beberapa rancangan Felda di wilayah Jengka mendapati ada kalangan peneroka sudah membeli tangki besar untuk simpan air bagi persediaan hadapi krisis bekalan air. Mohd Yunus Saad dari Felda Jengka 23 berkata dia berbelanja RM350 beli tangki 500 liter untuk simpan air kerana bimbang terputus bekalan. #sumber

Adnan Nasihat Jangan Ceroboh Tanah Ramsar <b>Di Bera</b>

Posted: 03 Aug 2013 03:57 PM PDT

BENTONG - Rakyat negeri ini yang menceroboh tanah kerajaan diwartakan untuk kepentingan alam sekitar di kawasan hutan tanah lembap atau Ramsar di Tasik Bera akan menghadapi tindakan tegas dengan mengheret mereka ke mahkamah. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri tidak akan membiarkan pencerobohan kerana kawasan itu adalah khazanah negara yang sangat bernilai dari segi pengekalan ekosistem dan sumber biodiversiti. Katanya, kerajaan negeri tidak akan bertolak-ansur terhadap sesiapa yang meneroka tanah kerajaan secara haram, malah bukan sahaja tanah Ramsar tetapi semua tanah kerajaan di seluruh negeri Pahang. "Tanah Ramsar tidak boleh diceroboh sesuka hati kerana mempunyai kepelbagaian khazanah yang amat berharga, baik dari segi tumbuh-tumbuhan, flora dan fauna, selain menjadi kawasan perlindungan hidupan habitat liar termasuk spesies burung, unggas, ikan dan kawasan tadahan air. "Hutan ini tidak boleh diceroboh dan kita sudah mengenal pasti dalang dan pihak yang melakukan pencerobohan di kawasan Ramsar dan menunggu sahaja untuk bertindak tegas terhadap pihak terbabit," kata Adnan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Kesyukuran Bersama Masyarakat Dewan Undangan Negeri Pelangai di Masjid Sultan Ahmad Shah, Simpang Pelangai baru-baru ini. Beliau mengulas tentang pencerobohan tanah Ramsar hampir 400 hektar di Tasik Bera dan ditanam dengan kelapa sawit oleh mereka tidak bertanggungjawab. Katanya, kerajaan atau pejabat tanah bukan sengaja membiarkan kawasan itu diteroka haram, tetapi tidak menyedarinya kerana lokasi diceroboh itu berada pada jarak jauh daripada pandangan dan jalan raya. "Kita telah siasat. Hutan itu kalau dilihat dari jalan raya tidak terusik, rupa-rupanya di tengah telah rongak dan hanya boleh dilihat dengan jelas dari udara. "Selama ini kita berlembut. Kita fikirkan tempat mereka mencari makan sesuap nasi pagi petang. Rupa-rupanya sekarang ini merupakan satu sindiket untuk memewahkan diri sendiri," kata Menteri Besar Pahang ketika ulas isu ini. #sumber

Siaran langsung ceramah Pakatan Harapan Rakyat <b>di Bera</b>, <b>Pahang</b>

Posted: 25 Apr 2013 06:39 AM PDT

BERA 25 APRIL: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung 'Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat' dari Simpang Kepayang, Bera melalui rangkaian internet.

jmr_pahangKetua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptamanya sempena jelajah Pakatan Harapan Rakyat peringkat Pahang malam ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man, calon parlimen Bera, Zakaria Abd Hamid, Musaniff Abd Rahman (DUN Guai), Leong Yu Man (DUN Triang) dan Bob Manolan (DUN Kemayan).

Untuk tonton, sila KLIK INI

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51017

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads