Khamis, 22 Ogos 2013

06 di bukit ibam - Google Blog Search

06 di bukit ibam - Google Blog Search


Penduduk Kesal 'Jalan Rosak' Gara-Gara Lori Bijih Besi

Posted: 19 Aug 2013 12:00 AM PDT

ROMPIN - Penduduk di Bukit Ibam, di sini kecewa apabila jalan rosak yang sudah dibaiki sebelum ini berlubang semula selepas sebulan diturap. Difahamkan, punca kerosakan disebabkan lori muatan bijih besi yang kerap keluar masuk menggunakan jalan tersebut. Seorang penduduk, Mura Hamidi Mat, 47, berkata, sudah banyak kali laluan di sini dibaiki namun ia rosak semula dalam jangka pendek. "Saya tidak pasti sama ada jalan rosak ini berpunca daripada lori muatan bijih besi tetapi memang kenderaan berat ini kerap keluar masuk di sini," katanya. Menurutnya, terdapat kira-kira 20 lombong bijih di kawasan ini dan berat setiap lori muatan bijih itu lebih daripada 60 tan. "Sudah banyak wang dibelanjakan untuk membaiki laluan ini tetapi hasilnya tetap tidak memuaskan. "Saya minta pihak berkenaan memandang serius isu ini bagi mengelakkan pembaziran wang," katanya. Sementara itu, Ketua Kampung Bukit Ibam, Md Zamri Budin yang mewakili penduduk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membaiki jalan tersebut. Bagaimanapun, inisiatif lain patut dilakukan bagi mengelakkan jalan yang sudah dibaiki itu rosak semula dalam jangka pendek. "Tidak dinafikan memang kenderaan muatan berat menjadi punca kerosakan jalan ini. Sepatutnya, laluan ini hanya boleh dilalui kenderaan di bawah muatan 30 tan sahaja tetapi kenderaan melebihi muatan turut menggunakan jalan ini. "Jalan baru diturap, strukturnya masih belum kukuh tetapi sebaik sahaja ia ditar, pasti ada kenderaan berat yang melalui laluan ini. Faktor kelembapan tanah juga antara penyumbang kepada kerosakan," katanya. Dalam pada itu, Adun Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain berkata, masalah ini telah dibangkitkan dalam persidangan Dun Pahang. "Lori melebihi had muatan adalah penyumbang utama kepada kerosakan jalan di kawasan tersebut. Jika hendak dibaiki, perlu membina asas jalan yang kuat agar ia boleh tahan dilalui kenderaan muatan berat," kata beliau lagi. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads