Khamis, 1 Ogos 2013

06 di jengka - Google Blog Search

06 di jengka - Google Blog Search


Helah Licik Kaki Ponteng Puasa <b>Di Jengka</b> Terbongkar

Posted: 29 Jul 2013 11:05 PM PDT


JENGKA - Beberapa serbuan dilakukan pihak Pejabat Agama Islam (Paid) Jengka di beberapa kedai makan di Wilayah Jengka, semalam gagal mencekup kaki ponteng puasa berikutan mereka semakin bijak melarikan diri daripada ditangkap penguat kuasa. Serbuan termasuklah di sebuah kedai makan dekat tapak pembinaan perumahan baru bandar ini di mana peniaganya adalah warga Indonesia bukan Islam. Peniaga terbabit yang lebih sebulan berniaga mengakui terdapat beberapa pelanggan Melayu Islam datang menjamu selera di kedai terbabit. "Ada juga yang datang makan, tapi kita tengok dia bukan orang sini (pekerja tapak pembinaan). Dia orang luar, orang Melayu Islam," katanya. Serbuan di sebuah kedai makan berdekatan kilang Felda Jengka 3, di sini pula mendapati beberapa bungkus nasi ayam disediakan namun sebungkus telah berusik tetapi tidak kelihatan individu dalam kedai terbabit. Pemeriksaan mendapati beberapa bungkus air disorok dalam sebuah peti yang dipenuhi ketulan air batu yang mana kesemuanya dibuang dan dirampas penguat kuasa. Sinar Harian dimaklumkan, kemungkinan kehadiran penguat kuasa disedari pemilik kedai tersebut dan kaki ponteng yang terlibat. Di sebuah lagi kedai makan yang lain di bandar ini, serbuan mendapati seorang peniaga sedang sibuk membungkus minuman dan nasi bungkus namun Paid dimaklumkan peniaga terbabit bahawa bungkusan itu untuk diniagakan di bazar Ramadan. Bagaimanapun siasatan penguat kuasa sebelum ini mendapati terdapat beberapa individu datang ke kedai terbabit membeli makanan bungkus yang disediakan sekitar jam 11 pagi. Pegawai Agama Islam Jengka, Bunyamin Abdul Ghani berkata, pelbagai cara dilakukan kaki ponteng dan peniaga untuk elak daripada ditangkap penguat kuasa. "Tahun ini, sehingga hari ini tiada tangkapan berjaya dilakukan, sekali gus buktikan mereka memang licik. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads