Selasa, 20 Ogos 2013

06 di maran - Google Blog Search

06 di maran - Google Blog Search


<b>Maran</b>: Tingkatkan Kualiti "Pendidikan Islam" <b>Di</b> Sekolah

Posted: 17 Aug 2013 05:08 PM PDT

MARAN  - Kualiti pendidikan Islam di peringkat sekolah dapat dicapai melalui pengurusan cemerlang yang mampu menghasilkan modal insan berilmu, beriman dan berakhlak mulia. Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, kecemerlangan itu mampu dilaksanakan melalui Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan yang menjadi peneraju dalam perkara tersebut bagi menghadapi cabaran global masa kini. Menurut beliau, antara aspek perlu ditekankan ialah pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilaksanakan dengan cekap serta berkesan dalam persekitaran kerja yang kondusif. "Di samping itu, pelaksanaan program dakwah dan kepimpinan dapat mengembangkan syiar Islam kepada rakyat, sekali gus mengukuhkan lagi rasa kecintaan terhadap Islam,'' katanya berucap dalam majlis ramah mesra Aidilfitri anjuran Majlis Guru Pendidikan Islam Berjawatan (MGPIB) Pahang di Dewan Ibnu Sina Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jengka kelmarin. Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mohamed Ariffin Awang Ismail dan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan, Abdullah Md. Shah. Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, bahagian itu perlu perlu memperkasakan mata pelajaran Pendidikan Islam kerana akan melahirkan rakyat bersatu padu dan mencintai negara bangsa. Tambahnya, guru yang mengajar mata pelajaran tersebut perlu bertekad untuk memberi perkhidmatan berkualiti melalui usaha bersepadu. "Rakyat akan dapat disemaikan dengan semangat patriotik tinggi terhadap negara serta mempertahankannya demi maruah bangsa dan agama Islam,'' katanya. Katanya, perpaduan dan semangat persaudaraan Islam menjadi pendinding terhadap gejala permusuhan sesama sendiri seperti yang berlaku di Mesir, Syria dan Iraq. "Kejadian pembunuhan sesama sendiri amat menyedihkan kerana menjejaskan imej dan maruah Islam yang dihormati dunia sebelum ini," katanya. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads