Pada tanggal 8 Disember 2012, Pusat Anak PERMATA Negara Mempaga telah mengadakan Majlis Konvokesyen PAPN Mempaga Kali ke 6. Majlis telah diadakan di Dewan Felda Mempaga 1. Kami telah menjemput Pengerusi JKKR Felda Mempaga 1 iaitu En. Mohidin untuk merasmikan majlis yang gilang gemilang ini. Majlis bermula jam 8.30 pagi.
Sementara menunggu ketibaan VIP iaitu en. Mohidin, semua kanak-kanak PAPN Mempaga telah bersedia di belakang dewan untuk membuat persembahan. Pelbagai gelagat kanak-kanak yang dapat kita lihat di sini dan ada yang teruja. Semuanya tidak sabar naik ke pentas.
Setelah tetamu VIP tiba semua kanak-kanak naik ke pentas dan bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Pahang, PERMATA dan 1 Malaysia. Bacaan ikrar pada tahun ini disampaikan oleh Adik Nurul Ain Qistina 4 tahun. Ada ibu-ibu yang turut naik ke pentas untuk menemankan anak yang tidak mahu menyanyi dan naik ke pentas.
Setelah persembahan selesai dimulakan majlis dengan ucapan daripada Ketua Pendidik PAPN Mempaga, Puan Nazzatul Izan Binti Abd Aziz. Semoga amanat beliau dapat dilaksanakan bersama.
Seterusnya ucapan daripada Pengerusi PIBP PAPN Mempaga, En. Mohd Taufiq Ikram B. Mohidin.
Dan yang terakhir ucapan perasmian oleh Pengerusi JKKR Felda Mempaga 1, En. Mohidin. Terima kasih diucapkan kerana sudi merasmikan majlis kami.
Semasa ucapan diberikan, semua kanak-kanak yang terlibat dengan persembahan telah bersedia dengan kostum masing-masing. Persembahan pertama ialah Teater muzikal ulat dan kepompong serta tanya sama pokok.
Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah bagi semua anugerah termasuk ibubapa dan kanak-kanak.
Acara yang paling disukai kanak-kanak adalah menari bersama ayam maskot KFC.
Acara terakhir ialah jamuan makan. Ini adalah gambar tetamu VIP yang diraikan sedang menikmati jamuan.
Selamat menikmati hidangan.
Majlis berakhir pada jam 12 tengahari. Semua yang dirancang berjalan lancar. Alhamdulillah. Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Komen