Khamis, 22 Ogos 2013

06 di raub - Google Blog Search

06 di raub - Google Blog Search


4 Peserta Himpunan Hijau <b>Raub Di</b> Hadap Ke Mahkamah

Posted: 18 Aug 2013 10:34 PM PDT

RAUB 19 Ogos - Empat individu yang menyertai Himpunan Hijau Raub pada September tahun lepas, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan berarak dan membawa kanak-kanak pada perhimpunan itu. Pengerusi Himpunan Hijau Raub, Wong Kin Hoong, 65, dari Taman Sentosa di sini, dan Naib Pengerusinya Tengku Shahadan Tengku Jaafar, 61, dari Simpang Kalang di sini, didakwa melanggar syarat yang dikenakan bagi perhimpunan itu iaitu melakukan perarakan dari padang bola sepak Kompleks Sukan Majlis Daerah Raub ke hadapan Bangunan Gunasama Persekutuan Raub di antara pukul 2 petang hingga 4.30 petang, 2 September 2012. Kedua-dua didakwa mengikut Seksyen 15(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(3) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan. Sementara itu, Liew Chee Cheong, 43, dari Puchong, Selangor dan Chan Lai Yong , 32, dari Kampung Chamang, Bentong pula didakwa menghadiri himpunan tersebut di padang bola sepak Kompleks Sukan Majlis Daerah Raub di antara pukul 2 petang hingga 4.30 petang, 2 September 2012, dengan membawa kanak-kanak. Liew didakwa membawa dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan enam tahun manakala Chan didakwa bawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun. Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(4) akta yang sama yang peruntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 jika sabit kesalahan. Keempat-empat mereka mengaku tidak bersalah. Hakim Shahrizat Ismail arahkan kesemua tertuduh dikenakan jaminan RM3,000 seorang dengan seorang penjamin dan tetapkan 19 Sept ini sebagai tarikh sebutan semula. Kesemua tertuduh diwakili peguam Roger Chan, Mohd Harris Abdullah dan Lai Chee Meng manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustafa. Kira-kira 50 penyokong Himpunan Hijau berkumpul sejak awal pagi termasuk pemimpin parti pembangkang negeri ini, namun tiada kejadian tidak diingini dilaporkan. #sumber

Bukit Koman dan keperluan penduduk <b>Raub</b> agenda utama <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2013 02:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri menegaskan penderitaan penduduk akibat penggunaan racun sianida secara tidak terkawal di lombong Raub Australian Gold Mine (RAGM), Bukit Koman akan menjadi agenda utamanya di Parlimen.

"Isu Bukit Koman tetap menjadi keutamaan saya kerana penggunaan bahan kimia dan racun sianida yang digunakan terbukti membawa kemudaratan kepada penduduk.

"Pelepasan racun itu tanpa kawalan menyebabkan ramai di antaranya yang mengalami penderitaan," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen setelah selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat, Parlimen ke 13 hari ini.

Menurut beliau lagi, isu berbangkit lain yang juga membawa kepada ketidakselesaan juga akan dibangkitkannya dalam perbahasan sidang Parlimen kelak.

"Selain isu Bukit Koman, saya juga akan menekankan isu kebanyakkan penduduk di Raub yang tidak mempunyai hak milik tanah, keadaan rumah yang teruk, kemiskinan melarat dan keperluan asas seperti bekalan air tidak mereka perolehi.

"Saya sudah menemui Pegawai Daerah untuk membincangkan perihal masalah ketiadaan air, keperluan asas ini merupakan perkara yang sangat penting untuk rakyat.

"Respon dari pegawai itu amat bagus kerana kita mempunyai objektif yang sama iaitu memberi perkhidmatan seupaya mungkin kepada rakyat," ujarnya.

Pada 16 April lalu, Ariff menyelar kerakusan menyalahguna kuasa dan amalan rasuah yang akhirnya mengakitbatkan penduduk Bukit Koman menderita.

Beliau turut mempersoal ketelusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang tidak jujur dan seolah-olah menyembunyikan sesuatu kepada rakyat.

Pada PRU 13 lalu, Ariff Sabri mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dengan undi sebanyak 23,415 dan majoriti berjumlah 2,814 undi.

Sidang Parlimen yang bermula hari ini, akan berlansung selama 16 hari dan akan berakhir pada 18 Julai 2013. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads