Selasa, 6 Ogos 2013

06 di raub - Google Blog Search

06 di raub - Google Blog Search


Dua pemuda maut dalam nahas berasingan <b>di Raub</b> ABN News | BM

Posted: 25 Jul 2013 01:14 AM PDT

KUANTAN – Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah Perodua MyVi di Kilometer 14 Jalan Sungai Ruan-Sungai Klau semalam.

Lee Chong Yui, 18, yang tidak memakai topi keledar, cedera parah dan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Wan Samsuddin Wan Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 6.15 petang itu, Lee dipercayai berlumba dengan sebuah motosikal lain.

Sementara itu dalam kejadian lain, seorang pemuda Orang Asli, Azara a/l Kassim, 22, terbunuh manakala rakannya Rosbadri a/l Bahari, 16, cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah jip pada pukul 8 malam tadi di Kilometer 340 Jalan Raub-Cheroh.

Azara, yang membonceng motosikal itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Wan Samsuddin berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak memakai topi keledar dan penunggang motosikal itu tidak memiliki lesen memandu yang sah. – Bernama

Panas: Video Aksi "Ratib Tegak" <b>Di Raub</b> Pula Tersebar

Posted: 28 Jun 2013 01:58 PM PDT


Masyarakat di sekitar Dong, Raub menamakan RATIB SAMAN dengan Ratib Tegak,  kerana sebahagian besar aktivitinya dalam keadaan berdiri.  Video ini tersebar secara meluasnya di laman sembang sosial facebook sejak beberapa hari yang lalu. 

KELAB GREENBOC: Husam Singgah <b>Di Raub</b> Untuk Solat Maghrib <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2013 07:03 AM PDT


Jam 7:30 malam tadi rombongan Polis yang membawa Dato' Haji Husam Musa pulang ke IPD Pengkalan Chepa berhenti untuk solat Maghrib di Balai Polis Raub.

Alhamdulillah dalam keadaan kurang sihat (demam) Dato' Haji Husam Musa tidak digari & beliau diberi Penghormatan mengimami solat Maghrib manakala para Pegawai Polis yang mengiringi beliau menjadi makmum.

Mohon para penyokong Dato' Haji Husam Musa untuk berkumpul dihadapan IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini untuk menyatakan sokongan & solidariti pada beliau. -fb

Ulasan GB

Intan itu tetap intan yang berharga walau di dalam keadaan apa dan dimana sekalipun ia berada...

Itulah hukum kebenaran dan keadilan. Ditinggikan darjat orang beriman dan berilmu itu dengan beberapa darjat dari yang lainnya.


Husam dibawa ke IPD Pengkalan Chepa

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Husam Musa yang ditahan di Balai Polis Ampang petang tadi, kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Chepa, Kelantan.

Menurut maklumat yang diterima Harakahdaily, Adun Salor itu dibawa dengan kereta proton Waja polis kira-kira jam 6 petang tadi.

Beliau dijangka tiba di IPD Pengkalan Chepa lewat malam ini.

Difahamkan waran tangkap terhadap Husam dikeluarkan polis Kelantan pada 20 Jun lalu.

Terdahulu, kira-kira jam 4 petang tadi Husam melalui khidmat pesanan ringkas SMS memaklumkan bahawa beliau ditahan di Desa Pandan ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Himpunan Aman Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Beliau memaklumkan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai 'syahid fi sabilillah' berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok hari ini.

Dalam perkembangan lain, penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini. - HD

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


3 comments:

View Comments/Post a Comment

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads