Selasa, 6 Ogos 2013

06 di teluk cempedak - Google Blog Search

06 di teluk cempedak - Google Blog Search


<b>Teluk Cempedak</b> - Tempat Menarik <b>di</b> Kuantan Pahang zamzoro.com

Posted: 04 Aug 2013 01:13 AM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ Klik Sana ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑

Sudah genap sebulan aku berada di Kuantan, Pahang. Sebelum ini aku pernah menulis entri yang bertajuk, Padang MPK 1 Kuantan – Lokasi Berbuka Puasa Menarik. Untuk kali ini pula, aku masih lagi ingin menulis berkenaan tempat menarik di Kuantan, Pahang. Lokasi kali ini adalah Teluk Cempedak.

Sekiranya korang pergi bercuti di Kuantan, Teluk Cempedak merupakan destinasi yang harus korang kunjungi memandangkan lokasinya cuma 5 km daripada Pusat Bandar Kuantan. Aku menginap di D'Embassy Service Residence Suite. Jarak antara penginapan aku ke pantai tersebut hanyalah 4 km, iaitu kira-kira 50 minit tempoh perjalanan sekiranya berjalan kaki. Takkanlah aku nak berjalan kaki ke sana pula, silap-silap ada juga kang aku berbuka puasa dengan air laut nanti… huhu….

Pantai Teluk Cempedak Kuantan Pahang

Permandangan Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.

Lari dari kesibukan Bandar Kuantan yang agak memeningkan dengan kesesakan lalulintas, Teluk Cempedak merupakan tempat yang amat sesuai untuk korang bersantai. Korang boleh menenangkan fikiran dengan menikmati permandangan semula jadi, mendengar deruan ombak sambil merasai kedinginan angin yang sedang bertiup lembut. Korang boleh menggunakan laluan titi yang disediakan untuk menyeberangi teluk sambil melihat badai ombak memukul batu-batuan di situ.

Pantai Teluk Cempedak terdiri daripada 3 bahagian pantai. Pantai yang utama adalah bahagian pantai yang paling meriah, dipenuhi dengan kedai cenderamata, gerai-gerai dan restoran-restoran. Bahagian pantai yang kedua pula, perlu menyeberangi teluk yang dipenuhi batu-batuan dengan menggunakan kemudahan titi yang disediakan. Manakala bahagian pantai ketiga pula, korang perlu mendaki melalui hutan dari bahagian pantai yang kedua.

Suasana Malam di Teluk Cempedak

Daya tarikan Teluk Cempedak. Suasana meriah bila malam menjelang terutamanya pada hujung minggu.

Antara banyak-banyak pantai yang pernah aku kunjungi, Teluk Cempedak adalah agak unik berbading yang lain. Pada kebiasaannya, kebanyakkan pantai pasti akan semakin sunyi apabila tiba waktu malam. Tetapi, perkara seperti itu tidak pula berlaku di sini. Pada waktu malam, semakin ramai orang yang datang berkunjung ke pantai ini, terutamanya pada hujung minggu. Suasana malamnya seolah berada di pusat bandar. Yang menariknya, McD dan KFC di sini adalah 24jam. Itulah faktor penyumbang yang membuatkan pengunjung yang hadir ke sini tidak pernah putus.

Key-chain comel yang aku beli di Teluk Cempedak.

Key-chain comel yang aku beli di Teluk Cempedak.

At the end, aku teringin untuk membeli cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan datang ke Teluk Cempedak. Sebagai pengumpul key-chain yang tegar, aku mencari kelainan yang belum aku miliki. So, aku pun grab 3 ekor menatang comel ni dekat kedai cenderamata yang paling besar di situ. Harga untuk 3 ekor menatang ini adalah RM10. Cukuplah setakat ini, jika korang nak baca banyak lagi, silalah baca di wikipedia : Teluk Cempedak.

, , , , , , , , ,

Adanya Kamu: :: Sepetang <b>di Teluk Cempedak</b> ::

Posted: 21 Jun 2013 09:00 AM PDT

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)
Kami lepak2 kat Teluk Cempedak untuk kesekian kalinya...Tapi pertama kali datang sini bersama Aira. Layankan permintaan kakak nak mandi pantai sebenarnya...terkejut jugak Asiah tengok kakak berani mandi pantai. Kalau sebelum ni dia takut nak sentuh air laut tu...walaupun sekadar kat tepi pantai je
macam kene dera jerk tangisnya...huhu
Mungkin dia dah besar...dia dah tahu ape itu pantai kan...cepatnya kamu membesar ye kakak...(",)...Aira plak seronok je main pasir. Kalau ikutka hati. Dia nak je join baba & kakakya mandi air laut tu...nangis2 dia nak masuk dalam air tu...tapi disebabkan cuaca panas...Asiah dukung je dia...(",)



Banyak dah perubahan kat Teluk Cempedak (TC) ni. Surau & tandas baru dah. Tandas bersih tapi surau perempuan tu tak berapa sikit. Tapi ok la berbanding dulu. Kalau korang ade datang Kuantan,Pahang jangan lupa singgah kat TC ye....best kat pantai ni...(",)














Tiada ulasan:

Catat Komen

ads