Sabtu, 17 Ogos 2013

06 di temerloh - Google Blog Search

06 di temerloh - Google Blog Search


..life after "i do": Homestay <b>di Temerloh</b>

Posted: 13 Aug 2013 07:31 PM PDT

Salam,
Orang update entry raya, aku update pasal homestay, gasaklah kan, nak iklankan homestay family aku kat Taman Sri Semantan sebenarnya. Dah lama akak aku bebel-bebel suruh iklankan..aihhh ye lah, ye lah, angah buatlah ni. Sebenarnya homestay ni kitaorang pernah duduk dulu, Pa aku beli masa aku kecik lagi, dan sempatlah sekolah sampai darjah satu kat Sek. Keb. Tanjong Lalang tu, lepas tu kitaorang pindah randah sebab Pa aku Pegawai Felda, sampailah tahun 2008 lepas dapat transfer ke semenanjung semula, kitaorang duduk balik rumah ni, kat sinilah Along aku kahwin tahun 2008, adik lelaki aku kahwin and aku bertunang tahun 2010, dan aku dinikahkan pun kat rumah ni tahun 2011..sobbss sobbss tetiba syahdu..puih.
Lepas Pa pencen tahun 2011, parents aku buat rumah kat kampung, sebab rumah ni teramatlah kecik untuk family kitaorang yang besar ni. Kalau semua balik memang berlaga bontot dibuatnya, mau melecet bontot memasing sebab asyik berlanggar je..hahaha. Tidur pun pakat bersepah sebab bilik tak cukup, ada 3 bilik je, tapi bila dah buat homestay bilik paling kecik, Ma aku buat stor, so 2 bilik je yang boleh pakai sekarang. Parents aku pun dah renovate rumah ni, besarkan ruang tamu, bilik asal ada 2 je, sekarang dah jadi 3, bathroom ada satu je, sekarang dah ada 2. So kalau korang datang Temerloh nak attend kenduri kahwin ke? or nak makan ikan patin ke? mehlah sewa homestay parents aku ni dan buat semua bakal penyewa, silalah duduk baik-baik. Harga sewa satu malam is RM180 buat masa ni, masa akan datang tidaklah ku tahu.

Ni aku cilok iklan kat FB Along aku

SELAMAT DATANG
Kami mempunyai rumah teres 2 tingkat yang sangat sesuai utk seisi keluarga ( murah & selesa)

Alamat :
No 436 Taman Sri Semantan 3,
28000 Temerloh, Pahang.

Lokasi berhampiran :
1. +/-10 minit dengan Highway Pantai Timur (Exit Temerloh)
2. +/-15 minit ke Bandar Temerloh & Mentakab
3. +/-20 minit ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
4. +/- 30 minit ke Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary
5. +/- 35 minit ke Bandar Jengka
6. +/- 2 jam ke Taman Negara Jerantut

Kemudahan Asas yang disediakan :
1. Bilik Tidur
a. 2 Bilik Tidur (berhawa dingin)
b. 2 katil queen size (1 tilam tambahan)

2. Dapur
a. Peralatan asas (pemanas air, rice cooker, pinggan mangkuk dll)

b. Dapur dan tong gas
c. Peti sejuk
d. Meja makan

3. Ruang Tamu
a. TV
b. Sofa


Hubungi : Hj. Jamaludin (012-9328642) Hjh. Seriah (013-9391952)
Ni depan rumah, takde garaj, sebab parents aku renovate living room santak sampai garaj, boleh parking depan rumah :)
Ni living room, selesa, confirm, aku suka sofa tu sebab lembut, dulu selalu jugak aku tidur kat situ. Masa dalam pantang dulu pun aku tidur atas sofa tu, sebab bilik semua kat atas, aku tak rajin nak turun naik.

 Bilik 1, ada katil kelamin dan ada bathroom sekali
Bilik 2, double decker, kelamin kat bawah, single kat atas. Bilik ni yang ada balkoni kat depan tu
Gambar dapur takdo, bathroom satu lagi kat dapur bawah, kat tingkat atas semua bilik je. Bilik ada 3, tapi boleh pakai 2 je, sebab bilik yang paling kecik Ma aku buat stor, banyak kali aku bagitahu ni sebab aku takut orang argue pulak nanti, bilik kedua ni besar and Ma aku ada sediakan extra toto dan bantal, kalau korang ramai, bolehlah nak tidur bersepah kat ruang tamu pun boleh, gasak ko lah kat mana pun.
Akhir kata, sewa jangan tak sewa..hahaha. Ok, bye, esok kita cerita pasal raya eh..hahaha dah berapa kali janji dah ni.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads