Sabtu, 14 September 2013

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


me as an amateur travel-holic: Padang - <b>Bukittinggi</b>, Indonesia (First <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2013 06:46 AM PDT

Assalamualaikum...

Entri untuk Padang-Bukittinggi, klik sini.

Nak kata pergi sini berliburan, tidak.  Nak kata pergi sini, rehat-rehat, pun tidak. Travel ni menggunakan semua anggota badan and ianya bukan cuti. Ianya bersenam. Tapi aku classify percutian kali ni sebagai percutian membeli-belah, shopping! Rombongan kali ni disertai oleh 5 orang.  My mom, adik and wifey dia, adik bongsu and me.  Tak sampai 24 jam aku duduk LCCT, esok malam dah kembali kat LCCT untuk flight awal ke Padang, Indonesia.

Untuk trip shopping kali ini, aku book transport dengan Aldi, famous driver kat Padang-Bukittinggi ni. Oleh kerana Aldi sudah dibooked oleh orang lain, dia beri aku pemandu, Riki. Orangnya baik. Bahkan, sebut sahaja korang nak makan kat mana (tempat murah, tempat mahal) semua dia boleh bawakkan.  Ni nombor telefon beliau: +6285355505655.  Untuk perkhidmatan Aldi pula: FB, Email. Kalau korang booked tour dengan Aldi ni, harga transport+hotel memang murah dia bagi.  Plus, kami duduk bilik superior.  Harga yang terpampang untuk pelancong memang jauh lebih mahal jika Aldi yang bagi. Kiranya, Aldi bawak pelanggan, pihak hotel akan bagi harga murah.

Aku dan adik bongsu aku dah ada kat LCCT jam 1.30 pagi.  Park kat tepi car park (tak masuk lagi), tidur. Dalam pukul 5.00 pagi, ayah aku datang ketuk tingkap kereta.  Aku park kereta kat parking nearby LCCT sebab mudah dan aku tidak mahu menyusahkan sesiapa hantar aku. Kami check in barang-barang dan kemudian menunggu di ruangan menunggu.

Sepanjang atas flight kami berlima tidur sebab mak, adik and his wifey gerak jam 3 pagi dari kampung. Sesudah touch down, masa keluar dari flight, terjumpa Kashaz (Atika Ramlan), otai MBC and BBM. Aku pernah pergi HCMC dengan Kashaz, sempoi minah ni. Kami siap lambai-lambai dari kejauhan.  Rindu nak travel dengan dia ni lagi.  =)

Trip kali ni, aku mulakan dengan tempat-tempat yang kami lawati dari hari pertama hingga hari pulang. Gambaran tentang perjalanan, aku kabur. Kebanyakan tempat yang kami lawati memang dibawa oleh Riki. Dan mana-mana tempat yang kami nak pergi, khabarkan pada dia dan dia akan bawakan. Untuk tempoh 5 hari, hanya 4 hari yang pemandunya dihire.  Perjalanan kami dari 2 till 6 Feb 2013.

Airport Minangkabau. Date tagging aku salah. Travel date :: 2 - 6 Feb 2013

Landasan keretapi didepan rumah. Wow

Kami diberi makanan ini secara gratis oleh Riki. Ianya memang sedap dan mantap!

Rumah Makan Lamun Ombak
Pagi-pagi tu, kami terus isi perut yang berbunyi di RM Lamun Ombak. Katanya famous dikalangan Malaysian. Breakfast dulu dengan pelbagai pilihan makanan. Harga murah dan makanannya enak sekali. Pilihan menunya banyak. Korang boleh cuba masakan panas and paling penting, kena cuba air lamun ombak. Warna biru. Sedap tapi sedikit pening untuk dicuba dipagi hari. Macam rasa tapai-tapai and masam manis. Air masak memang diberikan secara gratis disini.
Yang biru itu air lamun ombak. Rasanya? Sedap, tetapi tak berapa sesuai jika minum pagi-pagi. hehe

Air terjun Lembah Anai
Kami dibawa ke air terjun. Air terjun Lembah Anai. Menariknya, walaupun air terjun ini sebelah jalan raya tetapi ianya sangat cantik. Terpegun sekejap sebab aku dah lama tak tengok air terjun. Dikatakan kalau membasuh muka atau mandi menggunakan air ini, awet muda. Aku cuma tengok, sebab nak mandi terlalu open air. Segan.
Lembah anai yang sangat cantik. 


Kerepek belado antara kegemaran aku

Pusat Kebudayaan Minangkabau
Sesudah itu, kami bergerak ke rumah minang. Pusat kebudayaan minangkabau lebih tepat. Rumah ini teramatlah unik, ukirannya cantik dan keasliannya ada. Walaupun aku orang nogori, tetapi kat nogori boleh bilang dengan jari berapa banyak rumah sebegini yang ada. Tak sempat mendengar penerangan orang di pusat ini sebab sedikit terlambat.  Di rumah ini ada menyediakan informasi tentang sejarah minangkabau.

Kisah sejarah yang tak sempat kami ikuti. Tapi boleh baca tentang ianya disini.

Kedai sulaman
Sepanjang perjalanan ke Bukittinggi, kami memang singgah berberapa buah kedai sulaman. Habis beratus ribu- ratus ribu. Memang cantik! Puas hati kalau beli kat sini. Aku niat memang nak membeli untuk hari raya, terus beli dalam 2-3 pasang. Hampir habis berjuta juga untuk semua ini. *haih*. Kalau ditanya mana lokasi aku membeli, aku pun tak pasti sebab Riki yang bawa. Dia lebih mahir. Kalau kami tak puas hati dengan kedai ini, dia akan bawa lagi ke kedai lain sampai kita puas hati. Bagus sekali!

Penginapan
Setelah penat bershopping, kami di bawa ke hotel Karisma. Tempat kami menginap di Bukittinggi ni. Hotelnya bagus sekali. Bersih dan nyaman. Tetiba keluar dialect indon. Funny. Bilik yang kami dapat 2 bilik superior, satu bilik 3 orang dan satu bilik lagi untuk 2 orang. Biliknya luas dan bersih. Ada lift ye, jangan risau sakit lutut ye. Harga? Aldi yang booking untuk kami, siap ada discount. Harga yang Aldi beri sangat murah dan berbaloi. Sesudah check in, kami berehat, membersihkan diri dan solat. Dah janji dengan Riki untuk keluar makan malam dalam jam 7.

Bilik kami paling atas dan view bandar. Cantik banget!

Restoran Sederhana (Masakan Padang)
We had our dinner at this restoran sederhana. Restoran ini menyediakan masakan padang. Lauk sedap and murah. Kami tak asing-asingkan lauk yang kurang digemari, cuma, kalau memang tak usik, kami ketepikan semasa sudah makan tu. Masa makan tu, terjumpa pinggan yang ditanda tangan oleh collogue adik aku. Snap gambar as bukti. Baru aku teringat, kami tak ambil lunches sebab pagi itu dah breakfast dengan makanan berat. Jimat, jimat. hehe.
Collogue adik aku, Prof Dr Nor Hayati. Ada conference kot kat sini.

Makanan yang menjadi pilihan aku. Satay tu enak tapi sedikit berlemak.

Habis day one. Esoknya kami ke tempat menarik juga. Tapi more to sight seeing instead spending our money. Haha. Ongkos nipis dah first day ni. Nanti aku sambung untuk day-2 ni ye. Tadi baru jumpa geng kak Ton untuk tukar pictures. InshaAllah, akan cuba habiskan entri Padang-Bukittinggi and Surabaya dalam masa terdekat ni. Aku bersyukur sangat sebab I have siblings (adik ipar juga siblings) yang kamcheng and travel-mate (PPRT, kak Ton, kemboja, hcmc, etc) yang sangat best! Alhamdulillah. Allah permudahkan. =)

Ayat al-qurah yang aku gemari lately and aku gunakan tuk panduan hidup aku sehari-hari, inshaAllah:

"So remember me, I will remember you"

Till then,

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads