06 di cherating - Google Blog Search |
Aktiviti Melepaskan Anak Penyu <b>Di</b> Pantai <b>Cherating</b>... | Tukang <b>...</b> Posted: 12 Sep 2013 06:17 AM PDT Lokasi : Pantai Impiana Resort. Aktiviti: Melepaskan anak penyu sebanyak 56 ekor sempena ulang tahun Kemerderkaan Negara yang ke 56. Harga seekor anak penyu yang dilepaskan RM 10.00 Berbaris menunggu giliran pengagihan anak anak penyu...Aku ambil 3 ekor anak penyu untuk dilepaskan... Puteriku dah tak boleh dukung lagi dah... Macam macam stail dah dia buat... Sesi penerangan cara cara pegang, pelepasan dan tujuan aktiviti... Cara pegang anak penyu yang betul... Pegang di sisi... Jangan pegang di perut, kalau tak, belum sampai gigi pantai dah mati dah!!! Penyu pertama... Sebelum dilepaskan anak anak penyu ini perlu diberi nama... Yang ini Zara... Yang ni pulak Zulaikha... Dan yang sangat aktif ni pulak Izz... Nampak tak kat situ... Perasan tak? Tu nama anak aku tuh!!! Izz Zara Zulaikha... Acara melepasakan anak penyu pun bermula... Tengok si Izz ni... Lepaskan je terus berlari macam terbang... Yang Zulaikha ni tak boleh buat apa dah... Perlahan je... Control ayu kot!!! Selamat berenang ke lautan yang luas... Semoga kamu antara yang hidup lama dan membiak dengan jayanya... NotaKarut: Aku harap, anak aku juga boleh mengharungi kehidupan masa depannya dengan kejayaan dan kebahagiaan... |
You are subscribed to email updates from di cherating - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen