06 di jerantut - Google Blog Search |
PAIP: Air Sungai Pahang <b>Di</b> Daerah <b>Jerantut</b> Tercemar Posted: 31 Aug 2013 11:58 PM PDT JERANTUT - Penduduk di daerah ini diminta menjimatkan penggunaan air kerana Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Jerantut terpaksa memberhentikan operasi tugas buat sementara waktu berikutan tahap pencemaran air sungai yang dikatakan boleh membahayakan kesihatan pengguna. Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna yang mengatakan terputus bekalan air di banyak kawasan dalam Parlimen ini. Menurutnya, berikutan daripada aduan itu pihaknya menghubungi Paip Jerantut bagi mendapatkan maklumbalas mengenai permasalahan yang berlaku. "Saya dibawa melawat sendiri oleh Paip ke Loji Pemprosesan Air milik Paip di Kampung Batu Embun. Saya memang terkejut melihat kualiti air sungai yang bukan sahaja keruh malah dalam keadaan yang dikatakan tidak selamat untuk disalurkan kepada pengguna. "Saya difahamkan sungai ini tercemar berikutan daripada pencemaran alam semulajadi yang terletak berhampiran sungai . "Apabila hujan lebat, kotoran akan masuk ke dalam sungai dan ini menyebabkan air sungai menjadi keruh dan berkelodak," katanya kepada pemberita yang turut dibawa melawat ke loji pemprosesan itu," katanya. Ahmad Nazlan berkata, pihaknya juga difahamkan, pihak Paip Jerantut perlu memberhentikan operasi tugas mereka buat sementara waktu disebabkan kekeruhan air mentah berada di tahap tidak boleh diproses iaitu dengan bacaan Nephelometic (NTU) mencecah 1000. Menurutnya, pada jam lapan malam kelmarin pula, bacaan NTU mencecah 4100 iaitu rekod bacaan kekeruhan air mentah paling tinggi di sungai Pahang. "Saya mengesa supaya kementerian yang bertanggungjawab segera menyiasat punca pencemaran ini boleh berlaku dan mengambil tindakan setegas-tegasnya agar pengguna dapat menikmati bekalan air yang lebih selamat.#sumber |
You are subscribed to email updates from di jerantut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen