Ahad, 29 September 2013

06 di mentakab - Google Blog Search

06 di mentakab - Google Blog Search


DAP <b>Mentakab</b> lancar pusat komuniti demi masyarakat setempat <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2013 07:48 PM PDT

MENTAKAB, 26 SEPT: Setelah berjaya mencatat sejarah kemenangan di Dewan Undangan Negeri Mentakab dalam PRU13 lalu, DAP terus bergiat maju setapak lagi dengan mewujudkan Pejabat Komuniti ADUN Mentakab.

Menurut ADUN DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, pejabat komuniti ini bertujuan memberi khidmat dan melayani sebarang aduan oleh masyarakat kawasan itu sekaligus menjadi pusat aktiviti parti.

"Kita komited untuk memberikan khidmat kepada semua tanpa mengira latar belakang politik dan keturunan.

"Saya rasa amat bersyukur dan gembira dengan penubuhan pejabat komuniti ini," katanya ketika dihubungi Roketkini.com

Pejabat Komuniti ADUN Mentakab ini telah dirasmikan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sejurus selepas Majlis Pemberian Sijil Penghargaan Kepada lebih 120 sukarelawan PRU13 di sampaikan oleh Tengku Zulpuri.

Turut hadir pada malam itu ialah ADUN DAP Ketari, Lee Chin Chin, ADUN DAP Bilut Chow Hu Wai, AJK Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Vincent Woo, ADUN PAS Kuala Semantan, Tuan Syed Hamid dan Yang Di Pertua PAS Temerloh, Hj Yusof Darus. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads