Sabtu, 28 September 2013

06 di rompin - Google Blog Search

06 di rompin - Google Blog Search


Pemandu maut, 14 cedera, bas terbalik <b>di Rompin</b> ABN News | BM

Posted: 18 Sep 2013 02:34 AM PDT

ROMPIN  - Seorang pemandu bas maut manakala 16 penumpang selamat apabila bas ekspres itu terbabas dan terbalik di Km158.9 Jalan Johor Baharu–Kuantan, di sini awal hari ini.

Kejadian pada 5 pagi itu melibatkan bas yang dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Pasir Gudang, Johor Baharu dan membawa 16 penumpang iaitu 10 lelaki dan enam wanita.

"Pemandu bas, Ismail Ali, 59, cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian setelah tersepit di bahagian hadapan bas," kata Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Jahaya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata siasatan awal mendapati bas berkenaan terbabas dan merempuh pembahagi jalan serta tiang lampu di hadapan stesen minyak Petronas Tanjung Gemok, sebelum terbalik dan melintang di tengah jalan.

Johari berkata 14 daripada 16 penumpang cedera ringan dan dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan.

"Siasatan awal juga mendapati pemandu bas itu memandu bersendirian tanpa pembantu pemandu," katanya.

Seorang penumpang yang ditemui, Ummi Kalthum Zulkifli, 25, berkata beliau  tersedar daripada tidur apabila mendapati bas itu bergoyang sebelum terbabas.

"Saya naik bas di Bachok, Kelantan dan dari sana memang seorang pemandu sahaja yang memandu. Ada juga saya dengar penumpang lain kata bas dipandu laju.

"Saya duduk di kerusi perseorangan sebelah kiri dan tidur, dalam dua kali juga saya tersedar sebab rasa bas bergoyang seperti hendak terbabas," katanya.

Seorang lagi penumpang, Mohd Tajul Fikri Mahmud, 34, berkata beliau menaiki bas itu di Jerteh, Terengganu.

"Saya tertidur dan bila sedar sudah berada di luar bas. Bas hanya berhenti sekali di Cherating, Pahang sebelum meneruskan perjalanan," katanya yang bekerja sebagai guru di Pasir Gudang.- Bernama

Tiga Beranak Nyaris Maut, Rumah Terbakar <b>Di Rompin</b>

Posted: 29 Aug 2013 06:18 PM PDT

ROMPIN - Tiga beranak nyaris maut apabila rumah mereka di Janglau, di sini, terbakar dalam kejadian jam 5 petang, kelmarin. Bagaimanapun tindakan pantas orang ramai berjaya menyelamatkan pasangan suami isteri warga emas itu, Hussin Lera, 93, dan Asmah Awang Ahmad, 68, serta anak lelaki mereka, Mohd Sabri Hussin, 40-an. Saksi kejadian berkata, api marak begitu cepat, namun keberanian beberapa pemuda masuk ke dalam rumah berjaya menyelamatkan semua mangsa daripada rentung. Seorang pekerja kontrak, Mohd Aznin Fadzli, 21, berkata, semasa kejadian dia berada di sebuah kedai berhampiran untuk mengisi minyak motosikal. "Tiba-tiba saya nampak orang berlari minta tolong kerana ada rumah terbakar. Tuan punya kedai kata, ada orang tua dalam rumah itu tidak mampu berjalan, jadi saya terus berlari ke sana untuk menyelamatkan mereka," katanya. Mohd Aznin yang dalam perjalanan pulang bekerja dari Tanjung Gemok ke Sungai Puteri melecur sedikit di bahagian tangan semasa cuba menyelamatkan mangsa. "Masa saya masuk ke dalam rumah itu, saya nampak seorang makcik sedang duduk di ruang tamu dan saya terus dukung dia bawa keluar. "Kemudian saya masuk semula untuk bantu bawa pakcik yang tidak mampu berjalan itu keluar. Dia berat, jadi tidak boleh dukung seorang diri. Anaknya sebelum itu telah dibawa keluar oleh orang lain," katanya. Kesemua mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Gemok untuk rawatan kerana masing-masing dikatakan mengalami lecur. Seorang penduduk, Rodziah Abdullah, 53, berkata, ketika kejadian dia sedang bermesyuarat di balai raya sebelum ternampak asap tebal, lalu menghubungi bomba dan polis.  #sumber

Wanita Maut Tercampak Dari Bonet Kereta <b>Di Rompin</b>

Posted: 20 Aug 2013 06:41 PM PDT

ROMPIN -Seorang wanita maut tercampak keluar melalui bahagian belakang kereta selepas kenderaan dipandu suaminya itu terbabas di Serinkin, di sini kelmarin. Dalam kejadian yang berlaku di kilometer 154 Jalan Kuantan–Johor sekitar jam 5.50 petang itu, mangsa, Seti Halizah Bonairan, 45, maut di tempat kejadian manakala suaminya, Azman Mat Satt, 47, dan madunya, Junatiah Misbah, 25 cedera ringan. Anak Junatiah, Ellysa Najwa Azman, 2 tahun, yang mengalami cedera parah meninggal dunia sekitar jam 1.45 pagi, semalam, di Hospital Mersing. Junatiah berkata, suaminya cuba mengelak kenderaan di hadapannya yang cuba membelok ke kanan menyebabkan kereta dinaiki empat beranak itu terbabas. "Suami saya mengelak ke kiri dan terbabas lalu melanggar tiang elektrik dan seterusnya masuk ke dalam parit. Semua yang berada dalam kereta tercampak. "Saya tidak sedar sangat sebab segalanya berlaku dengan pantas. Sedar-sedar saya berada dalam parit dan dibantu oleh orang ramai," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya yang dihubungi berkata, kereta tersebut dari Kota Tinggi dan menuju ke Felda Selendang. "Kereta tersebut yang dipercayai dipandu laju terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar tiang elektrik lalu terjatuh ke dalam parit sehingga melanggar pembetung. "Mangsa yang maut di tempat kejadian cedera parah di bahagian kepala selepas terpelanting keluar melalui pintu bonet belakang," katanya. Menurutnya. semua mangsa yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Gemok sebelum dirujuk ke Hospital Mersing. Jenazah Seti Halizah di bawa ke Hospital Muadzam Shah untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads