Isnin, 9 September 2013

06 di temerloh - Google Blog Search

06 di temerloh - Google Blog Search


ular tedung dan pasaraya cowboy <b>di temerloh</b>? - aku anak pahang

Posted: 07 Sep 2013 07:30 AM PDT

Kisah yang sedikit panas dan berlegar di internet khasnya di halaman facebook mengisahkan ular tedung selar mematuk seorang customer sehingga meninggal di Pasaraya Cowboy, Temerloh. Di khabarkan ular tesebut berada  di tempat bunga-bunga plastik dalam pasaraya itu. Ketika itu mangsa sedang memilih bunga-bunga, lalu ular tersebut mematuk mangsa dan dikatakan mangsa telah mati.
Ini adalah laporan polis yg telah dibuat oleh pekerja Pasaraya Cowboy Temerloh menyatakan dia mendapat SMS palsu mengatakan ada ular tedung tapi sebenarnya tidak ada, katanya pihak Bomba pun sudah membuat pemeriksaan?
Ini adalah Notis yang di keluarkan oleh Pasaraya Cowboy katanya ?

AAP - Dimanakah kebenaran dan kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan. Sama ada benar atau palsu. Sama ada, ada unsur khainat atau sebotaj tidak dapat dipastikan. Semua Sumber gambar dan berita di petik daripada Facebook.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Salleh Yaakob maut disambar petir, isteri cedera <b>di Temerloh</b> <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2013 10:20 PM PDT


Penoreh Maut Manakala Isteri Cedera Disambar Petir Waktu Senja



TEMERLOH, 6 Sept (Bernama) -- Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Yang turut menziarah jenazah ialah Anggota Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.- BERNAMA

#Takziah kepada keluarga mangsa

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads