Sabtu, 7 September 2013

di negeri pahang - Google Blog Search

di negeri pahang - Google Blog Search


ECERDC Bakal Ubah Senario Landskap <b>Negeri Pahang</b>

Posted: 02 Sep 2013 11:45 AM PDT

TEMERLOH - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bukan sahaja berperanan penting dalam menarik pelaburan dan pembangunan di negeri-negeri pantai timur tetapi turut bertindak sebagai badan yang menjaga kemudahan asas dan infrastruktur. Pahang, antara salah satu negeri diletakkan di bawah agensi itu sejak ditubuhkan lima tahun lalu mengambil alih peranan dan tugas yang sebelum ini dilaksanakan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Dara) Dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Sejak Dara dan LKWJ dibubarkan, kawasan di bawah pentadbiran kedua-dua agensi itu seperti Temerloh, Bera, Maran, Jerantut, Pekan dan Rompin dipinggirkan daripada aspek pembangunan serta penyelenggaraan. Hasil kajian dijalankan, ECERDC mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mendapati perlunya peruntukan khusus bagi menggerakkan pembangunan, penyelenggaraan serta operasi di daerah terbabit. Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John berkata, setelah mengambil alih tanggungjawab kedua-dua agensi terbabit, pihaknya membelanjakan lebih RM200 juta dalam membangunkan semula semua kemudahan di kawasan berkenaan. Menurutnya, peruntukan itu disalurkan melalui setiap pejabat daerah bagi memastikan kawasan tersebut terus membangun secara mapan dan keperluan operasi serta penyelenggaraannya terurus seperti mana dilakukan agensi terdahulu. "Semua projek penyelenggaraan dan operasi serta kerja-kerja menaik taraf kemudahan awam telah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan khusus tersebut serta memberi manfaat kepada penduduk kawasan terlibat. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads