Selasa, 10 September 2013

di negeri pahang - Google Blog Search

di negeri pahang - Google Blog Search


FATWA PENGHARAMAN SYIAH <b>DI NEGERI PAHANG</b> | Pena Minang

Posted: 28 Jul 2013 07:50 AM PDT

Hukum Berpegang Dengan Ajaran Syiah

Tarikh Keputusan:  30 Disember 2011

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 30 Disember 2011  telah membincangkan Hukum Berpegang Dengan Ajaran Syiah. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

Mesyuarat bersetuju memutuskan hukum berpegang dengan ajaran Syiah adalah diharamkan untuk diamal dan disebarkan di negeri ini disebabkan fahaman dan ajaran ini adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan ahli sunnah wal jamaah.

Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-berpegang-dengan-ajaran-syiah

Polis <b>Pahang</b> Senaraikan 23 Lokasi Panas <b>Di Negeri</b> Ini

Posted: 04 Aug 2013 11:45 AM PDT

KUANTAN - Polis Pahang menyenaraikan 23 lokasi panas yang kerap berlaku kemalangan di negeri ini dan menasihatkan semua pemandu yang akan pulang berhari raya nanti supaya berhati-hati. Tiga kawasan bagi daerah Kuantan iaitu Kilometer (KM) 36-48, Jalan Kuantan-Maran berdekatan Maju Ternak; KM 11-20, Jalan Kuantan-Pintasan dan KM 32-35, Jalan Kuantan-Kemaman (Kampung Sungai Ular). Bagi Pekan iaitu KM 7-11, Jalan Kuantan-Pekan dan KM 62-65, Jalan Kuantan-Segamat (Ladang IOI), Rompin (KM 104-110, Jalan Kuantan-Segamat berdekatan Dara Teh; KM 112-115, Jalan Kuantan-Segamat (Perantau Damai) dan KM 120-124, Jalan Kuantan-Segamat berdekatan Selancar). Tiga lokasi di Maran pula iaitu di KM 66-82, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berdekatan Ulu Luit, KM 95-102, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Sungai Leng) dan KM 108-112, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berdekatan Kampung Awah. Di Temerloh iaitu KM 123-125, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Kampung Paya Jauh); KM 162, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Kampung Dala) dan KM 168, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Kampung Jambu Rias) manakala Kuala Lipis (KM 59, Jalan Kuala Lipis-Merapoh-Gua Musang). Dua lokasi di Bentong iaitu di KM 75, Jalan Kuala Lumpur-Karak dan KM 7, Jalan Raub-Bentong manakala bagi daerah Raub (KM 326-325, Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berdekatan Kuala Atok). Bagi daerah Jerantut, tiga lokasi terlibat iaitu KM 2-4, Jalan Jerantut-Benta, KM 15-24, Jalan Jerantut-Benta (Kampung Damak) dan KM 42-56, Jalan Jerantut-Kota Gelanggi 1 dan 2 manakala daerah Bera (KM 30, Jalan Temerloh-Bahau dan KM 48, Jalan Temerloh-Bahau). 


Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaluddin Abd. Majid berkata, selain itu terdapat tujuh kawasan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) juga dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan. "Kawasan terlibat adalah di KM 203-204, KM 208-209, KM 211.9, KM 182-183, KM 159-162, KM 95-105 dan KM 117-118," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Op Selamat 3/2013 sempena Hari Raya Aidilfitri di sini kelmarin. Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkut Jalan (JPJ) Negeri, Datuk Zakaria Man, Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri iaitu Senior Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad. #sumber

GAMBAR KLASIK : FOTO TERAWAL <b>DI NEGERI PAHANG</b> 1888 <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2013 02:19 PM PDT


FOTO TERAWAL DI NEGERI PAHANG 1888

Foto pertama yang dirakam di negeri Pahang adalah sewaktu lawatan High Commisioner British ke Tanah Melayu, Sir Clementi Smith ke pahang untuk mengadap Sultan Ahmad Muazzam Shah pada june 1888, sebelum itu dipahang tiada wujud atau rekod mengenai apa2 pun photo mengenai negeri pahang- foto asal Arkib Negara Malaysia.

Difahamkan semasa foto ini diambil istana terentang belum dibina, foto ini diambil berhampiran istana rupa iaitu, diatas tapak makam diraja pekan lama sekarang dahulu termasuk masjid sultan ahmad shah pekan lama dan sekolah arab lama adalah tapak istana-istana. Diantaranya istana rupa, istana gedong, istana pantai,balai gambang, istana kuning,istana kecik, istana mangga tunggal dan lain-lainya.


Sejarah Campurtangan British di negeri Pahang

Foto terawal dirakam di negeri Pahang sewaktu lawatan Sir Clementi Smith ke Pekan untuk Mengadap Sultan Ahmad Muazzam Shah pada Jun 1888.

Duduk di bawah: Wakil British_______?, Wakil Pahang_______?, Wakil British_______?, Frank Swettenham, Tok Panglima Dalam Hitam Abdullah dari keturunan Pengiran Bagauddin Brunei yg merantau ke pahang, Wakil Pahang_______?

Duduk dikerusi: Wakil British_______?, Engku Muda Wan Mansur ibni al-Marhum Dato' Bendahara Paduka Raja Tun Ali, Tengku Mahmud ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah (Tengku Besar), Sir Clementi Smith (Pesuruhjaya Tinggi British), Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni al-Marhum Dato' Bendahara Paduka Raja Tun Ali, Hugh Clifford, Tengku Ali ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah (Tengku Muda).

Berdiri diantara Sultan Ahmad dan Hugh Clifford adalah Tengku Abdullah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah (kemudiannya Sultan Pahang 1917-1932)

Gambar asal - Arkib Negara Malaysia (Muzium Pekan), keterangan gambar – Ku Nain (Zulkarnain Ismail).

Gambar masih dalam proses penyelidikan, sebarang kesilapan fakta dan warna adalah tidak disengajakan.

Sumber-  Facebook Gambar Klasik Pahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads