Isnin, 7 Oktober 2013

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


<b>Cameron Highlands</b>, Pandang Rakyat Kini <b>Di</b> Ambil Kira

Posted: 20 Sep 2013 12:09 AM PDT

CAMERON HIGHLANDS - Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) meminta penyertaan orang ramai terutama penduduk di kawasan terbabit memberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan masa depan pusat peranginan tanah tinggi itu. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pandangan rakyat akan diambil kira oleh kerajaan negeri bagi memastikan daerah tersebut terus membangun dan pada masa sama tidak menjejaskan alam sekitar. Menurut beliau, melalui cara itu kerajaan negeri berharap dapat mewujudkan persekitaran lebih mampan bagi kepentingan penduduk dan alam sekitar. "Sebelum membuat sesuatu pembangunan kerajaan negeri membuka peluang kepada orang ramai untuk memberi pandangan. "Daerah ini memerlukan perancangan yang lebih sistematik berasaskan pembangunan semasa memandangkan tempat ini menjadi tumpuan pelancong selain kawasan pertanian," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Publisiti Awal Tanah Rancangan Cameron Hihglands di Kelab Golf Sultan Haji Ahmad Shah Tanah Rata dengan dihadiri Yang Dipertua MDCH, Datuk Ahmad Daud di sini baru-baru ini. Menurut beliau, Cameron Highlands menjadi daerah pertama dipilih di negeri ini untuk menjalankan kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Penggantian. Katanya, publisiti awal itu merupakan kajian penggantian kepada RTD 2003-2015 terdahulu dan kajian dibuat bertujuan menyusun semula guna tanah di daerah tersebut. #selanjutnya

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads